Pas bakal hadapi lebih banyak tuduhan

KOTA BHARU – Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifatkan parti itu akan menghadapi lebih banyak tuduhan dalam usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Pas.



Beliau berkata, sebelum ini sudah banyak tuduhan dibuat tetapi tidak ada yang terbukti malah Kerajaan Negeri sentiasa memberi kerjasama setiap kali ada laporan dibuat.



“Kalau dilihat kepada jumlah tuduhan yang semakin meningkat dalam masa begitu singkat, dari segi takrif politik macam ada satu perancangan halus untuk mencemarkan nama baik kerajaan.



“Bagaimanapun, kita sentiasa memberi kerjasama kepada pihak terbabit untuk menyiasat perkara ini sama ada betul atau tidak dan sehingga hari ini masih belum ada yang terbukti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra sempena Program Asyura anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan semalam.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu berhubung laporan daripada pihak tertentu kepada SPRM berhubung salah kuasa guna kuasa dan kepincangan yang berlaku di dalam Kerajaan Negeri.



Mohd Amar berkata, tuduhan itu dijangka meningkat dari semasa ke semasa terutamanya apabila pilihan raya semakin dekat.




Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk menghadapi situasi seperti ini yang disifatkan sebagai cara kotor untuk menjatuhkan PAS di mata rakyat sedangkan tiada bukti yang mengaitkan kepincangan Kerajaan Negeri berkaitan isu dibangkitkan.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.