Sebarkan >> penduduk islam di denmark semakin meningkat. Allahuakbar!!!

Prince Al-Ayubbi Yahya January 20


Perhatian terhadap Islam di Denmark terus meningkat walaupun negara ini telah mencetuskan reaksi jutaan kaum Muslimin di seluruh penjuru dunia. Ia berikutan selepas penyebaran kartun kontroversi pada tahun 2005 yang lalu. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Universiti Copenhagen, terdapat suatu fenomena yang mengejutkan di mana sejumlah besar penduduk asal kelahiran Denmark telah memeluk Islam akibat daripada kejadian tersebut.



Selepas kejadian penyebaran kartun mempersendakan Nabi SAW, beberapa pakar pemerhati melihat bahawa tindakan anti Islam yang dilakukan di Barat telah menyebabkan semakin besarnya minat masyarakat terhadap agama Islam dan bukannya menjauhkan mereka daripada agama Islam sepertimana yang mereka inginkan, malah menambahkan lagi kecintaan mereka kepada agama Islam.



Sehubungan itu, Universiti Copenhagen telah mengeluarkan sebuah laporan setebal 69 halaman yang menjelaskan keputusan hasil kajian mereka untuk memperkukuhkan kebenaran apa yang diperkatakan. Laporan yang telah diserahkan kepada pegawai kerajaan ini masih belum didedahkan kepada pemberita. Walaupun begitu, terdapat beberapa ahli politik menanggap bahawa sejumlah orang Denmark yang memeluk agama Islam adalah orang-orang yang tertekan dan kecewa. Ini merupakan antara keterangan yang mereka perkatakan.



Universiti Copenhagen telah memulakan kajiannya selepas kontroversi yang berlaku berikutan pengharaman purdah di Denmark pada tahun lalu.



Jurucakap Parti Konservatif menyatakan bahawa adalah penting untuk mengharamkan purdah yang dipakai oleh beberapa perempuan Muslim. Seruan ini terus bergema dalam waktu yang agak lama. Perkara ini telah menyebabkan pemimpin Parti Liberal, Lars Luka Rasmussen dan pemimpin Parti Konservatif, Lenny Ospercyn mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan masalah ini.



Kajian ini telah mendapat banyak liputan daripada pelbagai media Denmark, khususnya akhbar-akhbar nasional Denmark yang memuatkan beberapa halaman akhbar mereka untuk berita yang berkaitan masalah ini, dan yang paling besar adalah akhbar Jilan Posten, iaitu akhbar pernah menyiarkan kartun Nabi Muhammad SAW pada tahun 2005 yang lalu.



Sumber: syabab.com

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.