Pemimpin diminta kerap turun ke Sarawak

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Hrkh) - Perwakilan PAS Sarawak, Abang Edee Abang Fauzi menggesa agar kepimpinan PAS meneruskan perjuangan dengan memperluaskan dakwah khususnya di kawasan pendalaman negeri bumi Kenyalang ini

Beliau yang membahaskan Ucapan Dasar Presiden, mengalukan kedatangan kepimpinan PAS serta Setiausaha Agung PAS ke Sarawak yang sebelum ini jarang dapat dilihat di negeri tersebut.

"Sudah empat tahun kita dapati 'batang idung sik nampak. Kita menegur kepimpinan ini disebabkan kita sayang kepada pemimpin," katanya.

Beliau turut menekankan agar PAS mengambil berat tentang pembahagian kerusi dalam pilihan raya di Sarawak kerana sebagai sebuah negeri yang mempunyai bilangan Dun yang terbanyak serta lebih 60 peratus penduduknya beragama Islam, sudah sampai masanya PAS meletak lebih ramai calon.

Jelasnya, menang atau kalah bukan perkara utama tetapi penyertaan lebih banyak kerusi PAS dalam pilihan raya umum di Sarawak akan dianggap sebagai duta penyelamat rakyat Sarawak yang selama ini dizalimi BN.

"Tidak relevan jika di Sarawak PAS hanya bertanding tiga kerusi dalam Pilihan Raya Umum akan datang serta jangan abaikan harapan rakyat yang ingin sebuah parti penyelamat kepada mereka. Sarawak merupakan 'hutan simpan' bagi Barisan Nasional.

"Dakwah adalah mekanisme asas yang penting dalam harakah Islamiyah. PAS Sarawak menyeru kepada pimpinan Pusat untuk kali kedua selepas Muktamar PAS yang lalu untuk bersama-sama mengukuhkan program dakwah. Kewujudan isntitusi pendidikan sekular yang diasaskan Sisters in Islam serta pendakyah Kristian menjadi cabaran besar kepada PAS Sarawak. Justeru kami mendesak pimpinan hadir ke Sarawak bagi memberi tunjuk ajar khususnya dakwah serta menghidupkan institusi Islam di Sarawak," katanya.

Sementara itu, Abang Edee turut menyatakan kebanggaan PAS Sarawak kerana setelah 13 tahun PAS bertapak di negeri itu, kewujudan pejabat Perhubungan PAS di Sarawak benar-benar membantu dalam mengurus tadbir PAS di Sarawak. - mns_

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.