Pengarah Strategi PKR, Tian Chua berkata parti itu akan menggerakkan sepenuhnya usaha membawa pengundi keluar mengundi kerana peratus pengundian yang rendah.
"Kita akan pergi ke rumah pengundi untuk membawa mereka ke pusat pengundian," katanya. Beliau juga berkata, kadar pengundian yang rendah itu mungkin disebabkan pengundi memikirkan bahawa PKR pasti memenangi pilihanraya kecil ini.
Jumlah pengundi yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti sehingga jam 12 tengahari tadi adalah 30 peratus atau 4,593 orang. Manakala calon PKR, Dr. Mansor Othman melawat pusat pengundi di SMK Guar Perahu pada jam 12.30 tengahari.SPR sebelum ini mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini. Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.
Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
Namun umum mengetahui sebenarnya, UMNO BN takut kalah kerana situasi politik mutakhir ini menyebelahi Pakatan Rakyat. Sementara dalam perkembangan yang sama, Dato' Seri Anwar Ibrahim bercadang untuk membuat aduan kepada SPR kerana berjaya mengesan beberapa pengundi DUN Penanti yang telah dipindahkan ke DUN lain.
http://addin77.blogspot.com
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan