Cap Ayam Lagi ke?

Apalah malangnya Terengganu, satu demi satu runtuh. Ini cerita bumbung runtuh lagi. Ini bukan pasal kontraktor cap ayam, ini pasal pemandu yang dapat lesen cap ayam, pergi langgar garaj milik sebuah syarikat pembinaan di kawasan perindustrian Chendering.



Mungkin pemandu jengkaut yang melanggar itu menyangkakan garaj itu reban ayam kot. Cap ayam lagi satu. Alahai



Laporan bumbung stadium runtuh dahulu belum keluar lagi, walau bagaimana pun MBnya berjanji akan didedahkan sebaik saja diterima. Kita pakat-pakat tunggu, agar laporan itu bukan yang jenis Cap Ayam jugak, akhirnya yang patut bertanggungjawab terlepas bebas macam ayam terbang. Alahai ayam lagi.



Sila baca di sini dan sini.



KUALA TERENGGANU, Jan 13 — Sepuluh buah kereta yang diletakkan di bawah garaj milik sebuah syarikat pembinaan di kawasan perindustrian Chendering dekat sini rosak setelah bumbung garaj itu runtuh akibat dilanggar oleh sebuah jengkaut hari ini.



Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Kuala Terengganu ASP Mohd Faudzi Muhamad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, pemandu jengkaut berkenaan Jamali Harun, 40, dipercayai secara tidak sengaja telah terlanggar hujung bumbung garaj itu.



“Semasa hendak menjalankan kerja-kerja mengangkut barang bagi tujuan pembinaan pagar di syarikat tersebut, timba jengkaut itu telah terlanggar hujung bumbung garaj berkenaan.



“Kejadian itu menyebabkan pemandu jengkaut tersebut panik dan mengundurkan jentera berat itu menyebabkan timba jengkaut tersangkut pada bumbung asbestos sebelum kesemua tiang garaj itu runtuh.



“Ia mengakibatkan bumbung garaj yang mempunyai keluasan 12 meter lebar, lima meter panjang dan lapan meter tinggi itu runtuh dan menghempap 10 buah kereta yang diletakkan di bawahnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.



Beliau berkata, akibat kejadian itu, 10 buah kereta berkenaan mengalami kerosakan di bahagian bumbung dan dua daripada kenderaan tersebut pecah cermin hadapan.



Menurut Mohd Faudzi, kereta terlibat ialah empat buah kereta Perodua Kancil, dua buah kereta Perodua Myvi dan masing-masing sebuah Proton Wira, Proton Iswara, Proton Pesona dan Honda Civic yang kesemuanya dimiliki oleh kakitangan syarikat itu iaitu Q-Bena Resources Sdn Bhd.



Kesemua pemilik kenderaaan yang terlibat bersama pemandu jengkaut kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.



Katanya, pemandu dan kenderaan tersebut mempunyai lesen dan cukai jalan yang sah.



Sementara itu, Jamali berkata semasa kejadian beliau bersama dua lagi rakannya sedang menjalankan kerja-kerja mengangkut barang di kawasan itu sebelum jengkautnya tersangkut pada bumbung garaj kereta itu.



“Sepanjang 10 tahun saya memandu jengkaut, ini kali pertama kejadian seumpanya berlaku,” katanya yang kesal dengan kejadian. — Bernama



Selanjutnya Sila Klik!(Read More)

Posted by al-brangi

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.