Semata-mata sebab undi

Malaysiakini melaporkan






Selepas beberapa bulan tercetusnya isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah Allah digunakan di Sabah dan Sarawak.



Penganut Kristian di dua negeri Malaysia Timur itu boleh terus menggunakan kalimah Allah bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.






Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.



Walaupun sebelum ni Umno nampak begitu bersungguh² nak 'halang' penganut bukan Islam guna perkataan 'Allah' macam yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi kepada Herald, nampaknya usaha tu lebih kepada sebab takut hilang undi.



Belumpun proses rayuan di mahkamah rayuan bermula tiba² hari ni Nazri Aziz dah umumkan keputusan kerajaan yang benarkan perkataan tu diguna oleh penganut kristian bi Sabah dan Sarawak. - Malaysiakini



Takdak lain alasan yang relevan melainkan sebab takut hilang undi. Tambahan pulak Sabah dan Sarawakakan ada pilihanraya tak lama lagi. Umno BN takut hilang undi penganut kristian di Sabah dan Sarawak.



Di Sebelah Semenanjung pulak, Umno BN takut hilang undi orang Islam yang jadi pengundi utma untuk Umno. Dengan tak membenarkan perkataan 'Allah' digunakan oleh orang bukan Islam di Semenanjung Umno harap orang Islam akan 'sanjung' Umno dan terus bagi undi kepada Umno.



Kalau keputusan tu sebab ugama tak spatutnyakeputusan boleh berbeza antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Kalau nak kira pasai majoriti penganut agama, di Penang pun dibenarkan jugak.



Kalau sebab sejarah macam yang Nazri guna, patutnya kerajaan paling kurang pun boleh bagi 'tempoh masa' untuk depa menyesuaikan diri sampai satu tempoh yang padan sebelum dihalang secara mutlak dari digunakan.



Jadinya aku sangat setuju macam yang Penarik Beca tulis kat sini, semua tu semata-mata pasai undi.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.