Hakim Pun Boleh Berasuah? alahai.....

Seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit. Sekandang kerbau membawa lumpur, sekampong terpalit. Senegeri kerbau membawa lumpur, 1Malaysia terpalit.



Dulu kita dikejutkan dengan peguam 'correct', 'correct', 'correct' dimana Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan kerana isu itu melibatkan hakim, tetapi apa yang memalukan ada seorang menteri berkata si-'correct 3x' itu tidak boleh didakwa kerana tiada seksyen yang 'relevent' dengan 'correct'nya. Lebih memalukan lagi beliau mencabar siapa yang boleh atau 'pandai' mendakwa si-'correct 3x' itu.



Lebih memalukan lagi ada seorang peguam tersohor bernama Karpal Singh, menawarkan diri, terus menyepi dan meroyan menteri itu.



Semalam kita dikejutkan lagi apabila ada lagi seorang majistret didakwa atas dua tuduhan rasuah membabitkan RM8,000 sebagai dorongan meringankan hukuman terhadap pesalah yang terlibat dengan kes jenayah.



Sila lihat di sini.



al-brangi: Rasuah boleh berlaku kepada semua penjawat awam atau swasta, tidak kira apa profesyen dan latar belakangnya. Yang merisaukan kita jikalau seorang majistret/hakim boleh terjerumus, berkemungkinan besar orang kena tuduh merogol boleh terlepas, si-mangsa akan terus merana sepanjang hidup.



Hanya keimanan dan ketaqwaan saja boleh mendinding seseorang daripada terjebak dalam lembah maksiat. Rasuah juga adalah maksiat kerana melanggar larangan Allah SWT.





Selanjutnya Sila Klik!(Read More)

Posted by al-brangi Labels: Dakwah, maklumat, masyarakat, politik, semasa at 8:00 AM

0 comments

Wednesday, January 13, 2010

Istana Mencemar Duli Bersolat Hajat Di Stadium



al-brangi : Rakyat Kelantan dianjurkan agar tidak membuat sebarang spekulasi ke atas Istana Kelantan terutama berkaitan 'pertikaian' dua 'putera' seperti dilaporkan dalam banyak akhbar baru-baru ini dan juga usaha membawa pulang Al-Sultan untuk mendapat rawatan susulan di dalam negara.



Pertikaian diantara 'putera' dengan isterinya yang merupakan bekas model jelita dari Indonesia juga mendapat tempat dalam akhbar tempatan. Ini juga tidak kurang ramainya rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia amnya mengikuti 'kisah'nya.



Semalam, satu sesi taklimat untuk kakitangan kerajaan negeri dan imam masjid, bagi menjelaskan peruntukan dalam perlembagaan negeri Kelantan dan peranan Pemangku Raja semasa ketiadaaaan Sultan Ismail Petra yang kini menjalani rawatan di Singapura di istana.



Sila baca selanjutnya di sini.



KUALA LUMPUR, Jan 13 – Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra akan mengetuai satu majlis sembahyang hajat di Kota Baru malam esok untuk memohon kestabilan dan keharmonian negeri itu.



Majlis itu akan diadakan di Stadium Sultan Mohammad IV dan dipercayai sebagai sebahagian daripada usaha untuk menaikkan keyakinan rakyat terhadap istana.



“Ini biasa Tengku memang selalu adakan solat hajat, tapi kali ini ia dibuat atas permintaan rakyat,” kata Pengelola Istana Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad ketika dihubungi The Malaysian Insider.



Beliau menambah sembahyang khas itu juga adalah untuk meminta bantuan Allah bagi mengelakkan fitnah terhadap Istana Kelantan.



Abdul Halim juga berkata rakyat Kelantan dijemput untuk mengalu-alukan ketibaan Pemangku Raja di lapangan terbang Kota Bahru dari Kuala Lumpur pada tengah hari esok.



Semalam, Pejabat Sultan Kelantan menganjurkan satu sesi taklimat untuk kakitangan kerajaan negeri dan imam masjid, bagi menjelaskan peruntukan dalam perlembagaan negeri Kelantan dan peranan Pemangku Raja semasa ketiadaaaan Sultan Ismail Petra yang kini menjalani rawatan di Singapura.



Semasa taklimat yang dihadiri kira-kira 2,000 orang itu, para hadirin diingatkan supaya tidak membuang masa membincangkan hal ehwal Istana Kelantan tanpa memahami perlembagaan.



“Akibat segelintir rakyat tidak memahami dengan mendalam mengenai undang-undang ini, ia mengundang tindakan yang tidak sepatutnya berlaku, yang memberi kesan terhadap keharmonian negeri ini,” kata beliau.



Taklimat itu turut dihadiri ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias.



Kekeliruan berkenaan status Faris timbul apabila Tengku Temenggung Tengku Muhammad Fakhry Petra cuba untuk bertindak bagi pihak Sultan, sebelum istana mengeluarkan kenyataan bahawa hanya Pemangku Raja yang berkelayakan bercakap bagi pihak istana.



Fakhry telah dikeluarkan daripada Majlis Perajaan Negeri dan kini mencabar keputusan abangnya itu.



Faris dilantik Pemangku Raja pada Mei tahun lalu, akibat masalah kesihatan Sultan Kelantan.







Selanjutnya Sila Klik!(Read More)

Posted by al-brangi

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.