Paksa isteri jadi pelacur

Oleh Hadzlihady Hassan


hadzlihady@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Gagal mendapatkan wang berjumlah RM1,500 daripada isteri, seorang suami sanggup memaksa isterinya menjadi pelacur untuk mendapatkan wang secara mudah dalam satu kejadian di sebuah rumah di Pandan Perdana, dekat sini, minggu lalu.



Malah, suami durjana terbabit turut mengugut akan mengetuk kepala isterinya dan akan membunuh mangsa selepas wanita itu berkeras enggan meminjam wang daripada ibunya selepas disuruh lelaki terbabit.



Menurut sumber, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 2 pagi, apabila mangsa yang bekerja sebagai jurujual dipaksa menyerahkan wang terbabit oleh suaminya.



“Namun, wanita itu memberitahu secara baik yang dia langsung tidak mempunyai wang sebanyak diminta suaminya itu.



“Jawapan itu membuatkan lelaki terbabit mula berang dan dia terus memukul mangsa di leher dengan menggunakan tangan sebelum bertindak lebih kejam apabila memijak dada wanita berkenaan,” katanya.










Sumber terbabit berkata, keesokannya, suami durjana terbabit masih tidak berpuas hati dan dia meminta isterinya meminjam wang yang dimahukan itu daripada ibu wanita itu.



“Wanita itu memberitahu yang dia segan dan malu untuk meminta wang terbabit daripada ibunya dan enggan mencampuri urusan suaminya itu.



“Lelaki terbabit sekali lagi berang apabila mendengar jawapan itu dan dia terus menolak kipas yang berada di atas meja dan hampir terkena isterinya,” katanya.



Perbuatan kejinya tidak terhenti di situ apabila dia tergamak meminta isterinya menggadaikan tubuh dengan menjadi pelacur semata-mata mahu memperoleh wang terbabit dengan cepat.



Malah, suami kejam itu turut mengugut akan membunuh dan mengetuk kepala isterinya menggunakan tukul jika dia enggan mengikut arahan diberikan.



Berikutan kejadian itu, isterinya yang berusia 22 tahun itu kemudian melarikan diri sebelum dia yang takut dengan ugutan suaminya itu, akhirnya menghubungi ibunya untuk meminta pertolongan.



Atas nasihat ibunya, wanita itu yang bimbang keselamatannya terancam kemudian membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.