Dun Sarawak bubar serentak dengan PRU 13?


Monday, 29 March 2010 11:01 AM Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)
KUALA LUMPUR : Ketua Menteri paling lama di Sarawak, Taib Mahmud tidak menolak bahawa pilihanraya negeri Sarawak yang akan berakhir Jun tahun depan berkemungkinan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
Taib yang menjadi KM Sarawak sejak era Tun Hussin Onn berkata, sebarang keputusan mengenai pilihan raya negeri belum diputuskan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN), malah perbincangan ke arah mengadakan pilihan raya belum juga diadakan.
“Kita belum membincangkan soal pilihan raya negeri… malah Perdana Menteri (Najib Razak) pun belum berbincang dengan kita untuk mengadakan pilihan raya.
Tetapi, kita boleh mengadakan pilihan raya bila-bila masa dari sekarang,” katanya kepada sekumpulan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional Sarawak bagi jawatankuasa penyelarasan kawasan masing-masing di Kuching semalam.
Tempoh dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak hanya akan berakhir Jun 2011 manakala tempoh tamat penggal bagi PRU negara ialah pada 2013.
Taib yang juga Pengerusi BN Negeri, berkata pilihan raya negeri mungkin diadakan serentak dengan PRU ke-13 jika ada arahan daripada Perdana Menteri.
“Memang kita ada dengar spekulasi dari Semenanjung Malaysia mengatakan pilihan raya negeri Sarawak diadakan serentak dengan PRU negara.
“Tetapi, saya tidak dapat baca apa yang ada di fikiran PM  (Najib) dan saya sendiri belum mengetahui bila pilihan raya negeri hendak diadakan,” katanya.
Rombakan Kabinet untuk raih sokongan masyarakat Cina ?
Pemimpin BN itu turut menafikan bahawa perlantikan Ahli Dewan Undangan Ne-geri (Adun) Batu Kawa Tan Joo Phoi sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Alam Sekitar) sebagai menarik semula sokongan masyarakat Cina yang kekal menyokong Pakatan Rakyat.
Tan yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dikaitkan dengan usaha parti itu meraih semula sokongan pengundi Cina.
Pada pilihan raya negeri 2006, SUPP tewas di lapan kawasan daripada 19 kawasan yang di-peruntukkan kepadanya.
Kongsi berita ini

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.