Pakatan kemuka dasar Najib gagal laksana MEB


KUALA LUMPUR, 21 April: Pakatan Rakyat mengemukakan empat perkara dasar mengenai model ekonomi baru (MEB) yang didakwa gagal dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, Najib harus menyatakan pendiriannya berhubung MEB kerana apa yang dimumkan dilihat bercanggah dengan apa yang ditekankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Nor Mohamed sebelum ini berkata, MEB hanya sekadar pandangan yang dikemukakan oleh Kerajaan dan belum menjadi dasar Kerajaan yang jelas.

"Pendirian PM mengenai model ini perlu dijelaskan kerana ini bercanggah dengan apa yang ditekan kan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengatakan ini sekadar pandangan yang dikemukakan dan belum merupakan dasar kerajaan yang jelas.

"Tidak ada dasar ekonomi yang dianggap mapan dan mampu bertahan jika empat prinsip ini tidak diambil kira," katanya pada sidang media di pejabat Ketua Pembangkang, di bangunan Parlimen semalam.

Empat perkara dasar yang dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat itu, kata Anwar dirangkum setelah mendapati banyak kelompangan dalam MEB yang diumumkan Najib di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Pakatan Rakyat berpandangan, penyusunan syarikat yang melibatkan utiliti utama seperti elektrik, air, tol, broadband yang akan mengurangkan beban kewangan kepada syarikat terpilih kerana mereka mengamalkan dasar monopoli perlu dilakukan.

"Kalau dasar ini memberikan faedah kepada syarikat terpilih, beban kepada rakyat semakin parah. Umpamanya setelah melihat pengakuan TNB sendiri bahawa margin reserve yang digunakannya sudah meningkat 66 peratus.

“Semasa kita bantah di Parlimen dahulu kita bicara sekitar 40, 48 peratus sekarang 66 peratus dengan subsidi puluhan ringgit kepada syarikat-syarikat kroni yang kaya," katanya.

Selain itu, kerajaan harus mengambil kira keperluan menetapkan garis gaji minimum untuk pekerja dengan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Dengan cara ini kata Anwar, akan memaksa syarikat-syarikat tempatan meningkatkan keupayaan industri di peringkat nilai tambah dan tidak bergantung kepada pekerja dengan upah yang murah.

Pakatan Rakyat turut menganjurkan kaedah pencukaian yang lebih teliti dan progresif untuk memastikan beban kepada golongan muda dapat dikurangkan kerana beban kewangan dengan upah yang diberi itu terlalu berat dan membebankan mereka.

"Memastikan beban kepada golongan muda dikurangkan kerana beban kewangan dengan upah yang ada itu terlalu berat dan membebankan dan oleh yang demikian kita telah menganjurkan dengan kaedah yang diumumkan dan disediakan dengan terperinci dalam kertas penjelasan ini tentang kaedah pencukaian yang lebih teliti dan progresif," katanya.

Yang terakhir dan merupakan perkara utama yang tidak disentuh oleh Najib dalam MEB, ujarnya ialah perubahahan dari segi keadilan, keyakinan dan persaingan dalam semua badan bebas di negara ini seperti Suruhajaya Pencgegahan Rasuah Malaysia (SPRM), badan kehakiman, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebagainya.

"Keempat yang sangat utama yang tidak disentuh dalam cadangan perdana menteri dan model ekonomi baru ialah reform. Tanpa reform dari segi keadilan, keyakinan, persaingan, maka ia akan menjejaskan kedudukan ekonomi negara.

Reform ini termasuk jabatan peguam negara, badan kehakiman, polis, SPRM dan aspek-aspek yang melibatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban," katanya.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.



Read More

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.