The Star Digesa Perbetulkan Laporan

Wednesday, 21 April 2010 12:29 PM

Oleh Noor Safinas (Emel penulis ini)



KUALA LUMPUR : Akhbar The Star digesa oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali untuk memperbetulkan laporannya hari ini kerana melaporkan pernyataan yang berbeza daripada apa yang diperkatakannya semalam.



Menurut Mustafa, apa yang dilaporkan akhbar itu jauh bertentangan sekali dengan apa yang dicakapkan oleh beliau dalam sidang medianya di Pejabat Agung PAS malam tadi.



"Saya kata, sebelum ini kita membekalkan 20 peratus petugas untuk Hulu Selangor.



"Kita akan naikkan kepada 60 peratus selepas ini kerana kita mempunyai petugas yang unlimited," kata Mustafa seperti dipetik media.



"Tetapi apa yang dilaporkan oleh The Star, kita akan bekalkan 20 peratus petugas pada hari mengundi kerana kita kekurangan petugas...ini tak betul sama sekali dengan apa yang saya cakap semalam," jelasnya.



The Star yang dimiliki oleh MCA hari ini melaporkan berita di muka N21 yang bertajuk "PAS pledges 20% of staff for polling day" (PAS beri jaminan 20% petugas untuk hari mengundi).



Menurut Star, PAS hanya akan menghantar 20% petugas kerana bimbang 'kesesakan' di kawasan mengundi.



"Apa yang saya kata, PAS boleh menghantar 100% petugas milik kita tetapi kita bimbang berlaku kesesakan di kawasan pengundian," jelas beliau lagi.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.