31/05/2010 2:43am
KADUNA, Nigeria 31 Mei - Kira-kira 300 orang jatuh sakit setelah sebuah tangki gas beracun di sebuah kedai pengimpal bocor, kata para saksi di selatan Nigeria.
Menurut saksi, kebocoran itu telah bermula selepas seorang pengimpal terpotong ke arah tangki gas di Kaduna sejak tengahari semalam. Kata mereka, orang ramai jatuh sakit dan pengsan selepas terhidu gas beracun berkenaan.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apa jenis gas atau untuk tujuan apa gas itu digunakan.
Di Nigeria, bencana industri sering berlaku di negara yang kaya dengan minyak dan paling padat dengan penduduk di benua Afrika itu akibat kecuaian dan kegagalan paip atau kecurian.
Pada tahun 2008, seramai 100 orang mati di Lagos akibat kebocoran saluran paip minyak manakala pada tahun 2006 lebih 400 orang terbunuh. - AP
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan