Kelantan Anjur Kuliah, Solat Hajat Khas Kecam Israel

Sumber MalaysianInsider


KOTA BARU, 2 Jun — Kerajaan negeri Kelantan akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran yang disertai kuliah Jumaat dan solat hajat khas di Stadium Sultan Mohamed Keempat, Jumaat ini berhubung tindakan kejam Israel menyerang konvoi kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.







Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kuliah khas itu sebagai menggantikan kuliah Jumaat yang kebiasaannya diadakan setiap minggu di Dataran Ilmu, di sini.

“Selaku Menteri Besar, saya akan menganjurkan satu kuliah kuliah pagi Jumaat lusa khusus berhubung isu tindakan tidak bertamadun rejim Israel itu di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-IV,,” katanya.



Sehubungan itu, Nik Aziz juga meminta kerjasama Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) agar mengarahkan semua masjid di negeri ini mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah serta menyediakan khutbah khusus mengutuk Israel dan Yahudi untuk para khatib menyampaikan khutbahnya kepada semua anggota jemaah solat Jumaat terdekat ini.



“Saya juga menyeru para ulama seluruh dunia dapat bangkit menunaikan solat hajat dan memohon pertolongan Allah demi menyelamatkan umat Islam dan rakyat Palestin di Gaza,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.



Nik Abdul Aziz juga menggesa Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim Israel sambil menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara Islam turut menyertai bantahan bagi membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Palestin.



Sementara itu, Ketua Sekretariat Missi Cakna Palestin Nazri Deraman, sebuah pertubuhan bukan kerajaan di negeri ini, menggesa kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk serangan Israel itu.



“Kami juga menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan sifat kasih sayang dengan memberi bantuan sumbangan derma dalam apa jua bentuk dan cara untuk rakyat Palestin,” katanya ketika kira-kira 50 orang anggota jawatankuasanya mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan pintu masuk utama pejabat Exco negeri, hari ini. — Bernama



Kelantan anjur kuliah, solat hajat khas kecam Israel

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.