Api ranap impian Aidilfitri

by Kato Dorsie


August 29, 2010, Sunday









Hasrat 11 keluarga sambut Hari Raya berkecai, rumah musnah dijilat api



KUCHING: Hasrat 11 keluarga di Kampung Tabuan Lot untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah masing-masing tidak kesampaian apabila rumah mereka ranap dijilat api dalam kebakaran yang berlaku awal pagi semalam.





SEHELAI SEPINGGANG: Lima daripada 13 adik beradik (dari kanan) Syafiq Fauzi, 3, Amirah Asyikin, 6, Mohd Ikram, 12, Abdullah, 8, dan Fadhilah, 9, hanya mampu bersedih ketika menyaksikan cebisan baju raya mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Tabuan Lot di Kuching, semalam. Gambar bawah menunjukkan keadaan tempat kebakaran. — Gambar Bernama



Kejadian berlaku sekitar jam 5 pagi semalam memaksa tiga keluarga terpaksa terjun ke sungai di belakang rumah mereka dan berenang untuk menyelamatkan diri selepas mendapati tiada jalan lain untuk menyelamatkan diri.



Kejadian itu mengakibatkan 10 rumah ranap dijilat api sementara dua rumah lagi mengalami kerosakan teruk di bahagian dapur.



Kebakaran itu dikatakan bermula dari sebuah rumah kosong yang sudah lima tahun tidak berpenghuni dan didakwa menjadi tempat golongan remaja melakukan aktiviti tidak sihat.



Menurut mangsa yang rumahnya terletak tiga pintu dari rumah kosong itu, Abdul Muzabparshah Bidah, 46, kebakaran disedari oleh anaknya yang pada masa itu bersiap untuk turun bekerja.



Terlihat api yang dating dari sebuah rumah kosong itu, anaknya terus mengejutkan bapanya serta jiran mereka yang lain.



“Api telah merebak ke bahagian hadapan rumah saya dan telah menyukarkan kami melarikan diri.



“Saya mengambil anak saya yang berusia empat tahun dan mengarahkan isteri saya serta anak-anak saya yang lain melarikan diri ke bahagian belakang rumah dan menyelamatkan diri menerusi sungai,” katanya.



Muzabparshah berkata dia bersama ahli kelurganya terpaksa menyelamatkan diri dengan terjun ke sungai.



Abdul Jali Abdul Rahman, seorang subkontraktor yang juga mangsa kebakaran itu menyatakan dia tidak dapat menyelamatkan apa-apa termasuk wang RM60,000 yang baru diterimanya.



Wang itu dikatakan baru diterimanya petang sebelum kejadian itu untuk membayar pekerjanya serta perbelanjaan untuk Hari Raya yang akan datang.



Ketua Operasi Bomba Zon Kuching Baharuddin Idris semasa dihubungi berkata, tiga jentera bomba bersama 32 anggota dari Balai Bomba Padungan, Batu Lintang serta Tabuan dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.40 pagi dan berjaya mengawal api daripada merebak pada jam 6.03 pagi.



Jumlah kerugian masih tidak dapat dipastikan manakala punca kejadian masih dalam siasatan.



Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dan kesemua mangsa ditempatkan sementara waktu di Surau Darul Salam di kampung itu.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.