Eksport barangan kayu Sarawak meningkat kepada RM3.6 bilion

September 3, 2010, Friday


KUCHING: Sarawak mencatatkan peningkatan nilai eksport barangan kayu sebanyak 27 peratus kepada RM3.6 bilion bagi separuh pertama tahun ini (Januari hingga Jun) berbanding RM2.8 bilion untuk tempoh sama pada 2009.



Menteri Perancangan dan Peng-urusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata jumlah barangan kayu yang dieksport dari negeri ini turut menampakkan peningkatan 24 peratus daripada 3.4 juta meter padu pada separuh 2009 (Januari hingga Jun) kepada 4.2 juta meter padu bagi tempoh sama tahun ini.



Pencapaian itu katanya disumbang oleh peningkatan pendapatan eks-port bagi produk utama seperti balak (26 peratus), kayu gergaji (23 peratus) dan papan lapis (34 pe-ratus).



Pasaran utama adalah Jepun (RM1,193 juta), India (RM569 juta), Korea (RM385 juta), Timur Tengah (RM 344 juta) China (RM239 juta), Thailand (RM145 juta), Amerika Syarikat (RM77 juta), Fili-pina (RM87 juta) dan Vietnam (RM45 juta), tambahnya.



“Secara keseluruhannya industri perkayuan Sarawak terus menunjukkan pertumbuhan menggalak-kan daripada nilai isipadu penge-luaran, isipadu eksport dan nilai-nilai eks-port produk kayu dalam tempoh separuh pertama tahun 2010,” katanya pada sidang media di sini semalam.



Terdahulu beliau menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan kepada 48 badan-badan amal dan kebajikan daripada Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan anak-anak syarikatnya di Dewan Seminar PUSAKA, Wisma Sumber Alam, dekat sini.



Sejumlah RM211,000 diperuntukkan untuk disalurkan kepada 48 badan amal dan kebajikan dalam acara tahunan PUSAKA dan anak-anak syarikatnya itu.



Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam memberitahu isipadu pengeluaran balak dari Januari hingga Jun 2010 ialah 5.13 juta meter padu, peningkatan 15 peratus (0.67 meter padu) berbanding 4.46 juta padu dalam tempoh sama 2009.



Bagi penggunaan balak tempatan pula katanya, isipadu balak diproses oleh industri tempatan bagi jangka masa sama tahun ini ialah 4.15 juta meter padu sementara untuk tempoh sama tahun lepas hanya 3.86 juta meter padu.



“Nilai eksport balak juga meningkat 23 peratus kepada RM1 bilion bagi separuh pertama 2010 berbanding RM0.7 bilion untuk tempoh sama tahun lalu.



“Pasaran utama balak ialah India, China, Taiwan, Vietnam dan Jepun,” jelasnya.



Pada sidang media itu juga Awang Tengah berkata nilai eksport kayu gergaji bertambah sebanyak 23 peratus kepada RM414 juta (Januari hingga Jun 2010) berbanding RM338 juta pada separuh pertama 2009.



“Nilai eksport papan lapis juga memperlihatkan peningkatan untuk tempoh sama tahun ini iaitu sebanyak 34 peratus kepada RM1.9 bilion berbanding RM1.4 juta pada 2009,” tambahnya.



Menurut beliau antara faktor yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan positif itu ialah pemulihan ekonomi global terutama membabitkan pasaran tradisional seperti Jepun, China, India, Korea, Taiwan, Thailand, Filipina.



Hasil promosi berterusan ke negara seperti China India , Vietnam, Timur Tengah, sistem tadbir urus diiktiraf pasaran antarabangsa terutamanya pengesahan barangan kayu Sarawak adalah dari sumber sah antaranya seperti ‘Japanese Green Procurement dan Lacey Act (USA), jelasnya.



“Industri perkayuan kita juga berupaya mengeluarkan produk bermutu tinggi mematuhi syarat-syarat atau standard-standard antarabangsa seperti Standard Industri Jepun (JIS), Standard Pertanian Jepun (JAS), Lembaga Sumber Air California dan lain-lain,” katanya.

(fakta keuntungan sarawak hanya barangan kayu saja yang lain tentu billion keuntungan juga tapi kenapa rakyat sarawak masih tidak ada pembangunan asa contoh: jalan raya,electric,air bersih terutama kawasan pendalaman walaupun pelbagai kenyataan peruntukan telah diwar-warkan kepada media bn tapi keadaan masih serupa.Sudah 47 tahun merdeka tapi masih bn tabur janji palsu.)

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.