Empat laluan maut diawasi

by Jeremy Lanson


September 3, 2010, Friday









JPJ S’wak tingkat penguatkuasaan mengurangkan kadar kemalangan seluruh negeri





KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan meningkatkan penguat-kuasaan di empat laluan maut di negeri ini sempena Ops Sikap Ke-22.



Pengarah JPJ Sarawak Abdul Hamed Akob berkata laluan tersebut merupakan antara 32 kawasan kerap kemalangan telah dikenal pasti di negeri ini dan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan lagi sekali gus mengurangkan kadar kemalangan di kawasan-kawasan itu.



“Seramai 80 anggota penguat kuasa JPJ akan terlibat untuk mengawasi jalan-jalan maut atau berisiko tinggi di seluruh Sarawak.



“Anggota penguat kuasa akan mengadakan rondaan supaya ‘visible enforcement’ dapat dilihat oleh pengguna jalan raya dan ini boleh menyebabkan ‘Perce-ption of Being Caught (POBC)’ akan meningkat,” katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Ops Sikap Ke-22 JPJ di Depot Bas Biaramas semalam.



Tambah beliau lagi, JPJ Negeri telah memilih empat laluan di negeri ini sebagai langkah awal mengurangkan kadar kemalangan di negeri ini sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.



“JPJ Negeri telah memilih empat laluan dalam kategori ini iaitu Jalan Kuching Serian (KM11-24), Jalan Bukit Sebangkoi Sarikei (KM 19-25), Jalan Oya Sibu (KM10-21) dan Jalan Kidurong Bintulu (KM5 -22).



“Kami telah memulakan operasi tersebut sejak 27 Ogos lepas dan akan diteruskan sehingga 25 September ini dan kami akan mengadakan rondaan selama 24 jam setiap hari di laluan tersebut,” katanya.



Tambah beliau penguatkuasaan sempena musim perayaan ini akan diadakan bermula esok (4 September) sehingga 19 September ini.



Beliau selepas sidang media tersebut telah mengadakan pe-meriksaan ke atas bas ekspres Biaramas untuk memastikan bas ekspres berada dalam ke-adaan baik sebelum digunakan.



Menurut beliau pemeriksaan bas ekspres telah dan sedang giat dijalankan di depot atau bengkel-bengkel bas ekspres sebelum musim perayaan.



“Fokus pemeriksaan adalah untuk memastikan keadaan brek dan tayar bas berada dalam keadaan baik dan selamat di-gunakan di atas jalan raya.



“Pemeriksaan tayar adalah lebih kepada memeriksa ke-adaan tayar iaitu dari segi kedalaman bunga tayar agar ia mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh JPJ.



Beliau turut memberitahu pihak JPJ akan mengeluarkan slip tempoh sah laku seperti 14 hari untuk kedalaman bunga tayar yang lebih daripada 8mm dan tujuh hari bagi kedalaman bunga tayar 2.5 mm hingga 8mm.



“Jika kedalaman bunga tayar kurang daripada 1.6mm, JPJ akan mengeluarkan notis lara-ngan penggunaan kenderaan (PG1) serta tidak membenarkan bas tersebut digunakan sehingga tayar bas itu ditukar.



“Selain tayar dan brek, buku log, pemandu kedua, lesen memandu, PSV, LKM dan permit turut diperiksa,” katanya.



Di samping itu juga, beliau memberitahu JPJ akan me-nempatkan anggota penguat kuasa di empat buah terminal bas iaitu di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri bermula esok sehingga 19 Sepetember ini.



“JPJ juga akan bekerjasaam dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Nar-kotik untuk mengesan pemandu postif dadah,” katanya.



Beliau turut memberitahu bahawa pihak JPJ juga akan memantau pergerakan teksi dan kereta sewa untuk memastikan tidak berlakunya kes tambang lebih, keengganan mengguna-kan meter teksi serta keeng-ganan pihak teksi mengambil penumpang.



Justeru menurut beliau orang ramai boleh mengemukakan aduan kepada JPJ yang bertugas di terminal bas atau menghubungi bilik kawalan JPJ Ne-geri di talian 082-628725 atau e-mel p.sar@jpj.gov.my.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.