Assalamu’alaikum dan salam perjuangan.
1. Tahniah kepada kakitangan awam negeri Pulau Pinang kerana bakal menerima bonus Hari Raya daripada kerajaan negeri tidak lama lagi sebelum menjelangnya Idil Fitri.
2. Sudah tentu ia adalah khabar gembira kepada kakitangan yang telah memberikan komitmen yang terbaik selama ini untuk membangunkan negeri.
3. Sama ada banyak atau sedikit jumlahnya bukanlah menjadi persoalannya tetapi ia adalah satu pemberian daripada kerajaan yang prihatin dengan kakitangannya.
4.Persoalannya, wajarkah kerajaan memberikan bonus kepada kakitangannya dalam keadaan ekonomi yang sedang gersang ketika ini?
5. Sudah tentu, pemberian bonus perlu mengambil kira kepada faktor yang pelbagai untuk tidak membebankan kerajaaan dan juga kakitangannya seperti yang sering dikatakan ‘win-win situation’.
6. Semoga kerajaan negeri yang lain khususnya negeriku Johor Darul Takzim juga akan mengambil inisiatif yang sama untuk mengurangkan beban yang sedang ditanggung oleh rakyat lebih-lebih lagi kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.
7. Bagi kakitangan awam yang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia, berdoalah agar terbuka hati pemimpin negara untuk mengeluarkan bonus yang sama kepada anda semua walaupun harapannya tinggal senipis kulit bawang.
Wassalam.
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus RM400 - Malaysiakini
Ogos 18, 10 7:42pm
Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.
Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.
“Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.
“Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.
Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.
Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.
Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan