Jangan naikkan harga tiket bas

August 18, 2010, Wednesday


KUCHING: Syarikat bas ekspres di Sarawak yang dibenarkan menjalankan perkhidmatan tambahan untuk musim perayaan ini diingatkan supaya tidak menaikkan tambang sesuka hati.



Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak Wan Samsulri Wan Hasbi berkata, kadar tambang bas ekspres di Sarawak telah ditetapkan dan syarikat bas ekspres yang gagal mematuhinya bakal berdepan tindakan tegas.



Wan Samsulri berkata, 20 permohonan yang telah diluluskan itu adalah bagi semua laluan utama bas ekspres yang sering digunakan semasa musim perayaan.



Beliau memberi jaminan perkhidmatan bas ekspres di Sarawak mencukupi dan orang ramai tidak perlu bimbang masalah kehabisan tiket kerana perkhidmatan bas ekspres tambahan akan disediakan bagi semua destinasi.



Setakat ini terdapat 384 bas ekspres berdaftar yang beroperasi dan menyediakan perkhidmatan tersebut ke pelbagai destinasi bandar dan daerah di Sarawak selain perkhidmatan ke Kalimantan dan Brunei.



Kadar tambang bas ekspres di Sarawak berdasarkan kadar baru yang berkuat kuasa 1 Mei lepas ialah antara RM25 dan RM100 bergantung kepada jarak destinasi perjalanan.



Selain warga tempatan, turut menggunakan khidmat bas ekspres di Sarawak ialah pekerja dari Indonesia yang akan pulang ke Kalimantan untuk menyambut hari raya. — Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.