by Patricia Gari
August 18, 2010, Wednesday
Mereka yang musnahkan alam sekitar sepatutnya pulihara hidupan liar bukan bank, selar SBEU
ANDREW LO
KUCHING: Syarikat-syarikat yang terlibat terus dalam pemusnahan alam sekitar dan habitat hidupan liar sepatutnya menyumbang kepada usaha pemuliharaan serta konservasi, bukannya bank atau orang awam.
Ketua Pegawai Eksekutif Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU) Andrew Lau berkata, syarikat pembalakan atau perladangan adalah kumpulan yang sebenarnya bertanggungjawab memusnahkan kehidupan flora dan fauna.
Justeru, katanya, mereka perlu bertanggungjawab terhadap kemusnahan dilakukan dengan menyumbang kepada usaha pemeliharaan dan konservasi hidupan liar.
“Kenapa perlu persoalkan sumbangan bank (dalam pemeliharaan dan konservasi hidupan liar) sedangkan bank telah, serta terus melakukan banyak kerja amal atau sosial di bawah tanggungjawab sosial korporat kami.
“Bagaimana pula dengan taikun atau syarikat balak yang bertanggungjawab memusnahkan hidupan liar? Berapa banyak keuntungan mereka telah perolehi (daripada aktiviti pembalakan)?” katanya kepada Utusan Borneo semalam.
“Itu yang harus dipersoalkan,” tambahnya.
Andrew berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber Datu Len Taliff Salleh kelmarin yang mengatakan tiada satupun bank tempatan mahupun antarabangsa yang beroperasi di negeri ini memberi sumbangan bagi usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar khasnya orang utan.
“Saya boleh katakan di sini bahawa bank adalah kumpulan korporat yang paling ‘lokek’ apabila berkata mengenai penajaan… saya berani katakan begitu.
“Bank-bank ini lantang bercakap mengenai standard bank dunia dan sebagainya dan sering mahu dilihat sebagai hijau serta mesra alam tetapi apabila bercakap mengenai sumbangan bagi tujuan itu mereka adalah kumpulan korporat yang sangat kedekut. Alasan lazim mereka berikan ialah ‘tiada bajet’,” ujarnya pada satu sidang media kelmarin.
Len yang juga Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) berkata, bank-bank tempatan khasnya perlu mencontohi sektor korporat lain yang sedia serta komited menjadi sebahagian daripada program memelihara dan memulihara hidupan liar di negeri ini.
“Ini suatu yang sangat menyedihkan kerana banyak badan korporat lain sangat aktif menyertai program ini dan ia tidak hanya dalam program menganak angkat orang utan tetapi membabitkan hidupan liar lain seperti penyu,” ujarnya.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan