
Jumaat - Umat Islam di Pulau Pinang telah mengadakan demo anti Hosni Mubarak (Mesir) secara aman selepas solat Jumaat di Masjid Hashim Yahya Jelutong.
Perhimpunan aman ini adalah sebagai tanda sokongan kepada rakyat Mesir dan mendesak Hosni Mubarak supaya beliau meletak jawatan setelah 30 tahun berkuasa.
Memegang tonggak kepimpinan nombor satu negara itu sejak 30 tahun yang lalu adalah satu tempoh yang sangat lama. Hosni, 82, terlalu kukuh atau berdegil dengan mengekalkan kuasa yang dipegang sejak tahun 1981 berikutan pembunuhan presiden sebelum itu, Anwar Sadat.
Anwar Sadat yang mati dibunuh dalam satu acara perbarisan tentera memperingati Israel Arab, telah diganti oleh Hosni yang ketika itu berkhidmat dalam Tentera Udara Mesir dan Naib Presiden pada tahun 1975 di bawah Anwar.
Hosni adalah presiden paling lama di Mesir sejak sistem beraja digulingkan pada tahun 1950-an.
Dia juga satu-satunya pemimpin Arab yang terus mengekalkan kedamaian dengan Israel dan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dilihat pernah bertindak menahan dan memenjara pengkritik, menghapuskan parti pembangkang serta mengatur pilihan raya.
Di sebalik ketidakhirauan orang awam, kemarahan terhadap pemimpin ini terus berkembang selari dengan keadaan ekonomi yang semakin lumpuh.
Semoga rakyat Mesir dapat mendesak beliau hingga akhirnya meletak jawatan.












































Gambar ehsan dari PAS Bukit Bendera.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan