Cap jari rekod kehadiran

DBKU jadi agensi pertama di negeri ini menggunakan kaedah Sistem Kehadiran ‘BioDScan Fingerprint’ keluaran SAINS yang dilancar semalam

K U C H I N G : D e w a n Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merupakan agensipertama di negeri ini menggunakan produk Sistem Kehadiran ‘BioDScan Fingerprint’ keluaran Sarawak Information Systems (SAINS).

Datuk Bandar DBKU Mohamed Atei Abang Medaan berkata, sistem itu diguna pakai untuk menggantikan perakam waktu sedia ada di ibu pejabat DBKU.

“Sistem ini berfungsi memantau kehadiran kakitangan dan berkemampuan menyediakan laporan serta rekod bagipengawasan masa kerja kakitangan.

“Ia boleh mencatat masa yang pantas dan tepat bagi kehadiran kakitangan dan data akan disimpan secara automatik ke dalam sistem sumber manusia DBKU,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sistem Kehadiran Cap Jari di Auditorium DBKU di sini,semalam.

Hadir sama ialah Pemangku Pengarah DBKU Khaidir Abang dan Timbalan Pengarah DBKU Jumaini Haili.

Beliau berkata, sistem itu juga berupaya mengenal pasti dan mengesan sama ada cap jari sama atau tidak.

“Dalam tempoh beberapa saat sahaja ia akan menolak pengesahan yang tidak betul,” katanya.

Mengenai jumlah aduan yang diterima DBKU, beliau berkata, sebanyak 2,331 aduan telah diterima pada tahun lepas dan 2,329 atau 99 peratus berjaya diselesaikan.

Menurutnya, pada tahun ini sebanyak 1,511 aduan diterima dengan 1,459 atau 95 peratus berjaya diselesaikan.

“Kita telah mengadakan pelbagai pendekatan untuk menyelesaikan segala aduan seperti lawatan bersama media, datuk bandar turun padang dan sebagainya.

“Namun ada juga beberapa isu yang kita tidak dapat selesaikan mengikut kehendak pengadu… ini kerana isu-isu itu bukan hanya melibatkan bidang kuasa kita tetapi pihak

lain juga,” katanya.

Sebagai contoh, katanya DBKU banyak menerima aduan mengenai kesesakan di Jalan Sultan Tengah.

“Kita sedia maklum bahawa jalan ini merupakan laluan utama yang menghubungkan banyak kawasan.

“Apa yang mampu kita buat adalah dengan menghantar trafik warden bagi mengawal lalu lintas di kawasan ini,” katanya.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.