Kerajaan Pas Kedah Masih Stabil
Oleh Mohd Sayuti Omar
TINDAKAN DAP Kedah mengumumkan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat semalam tidak menjejaskan kerajaan Pakatan dibawah pimpinan Azizan Abdul Razak. DAP hanya ada seorang saja Adun dalam Dewan Undangan Negeri Kedah.Kerajaan Pakatan (Pas - PKR) masih lagi menguasai DUN Kedah dengan kelebihan enam kerusi. Kedudukan terbaru dalam DUN Kedah kini, Pas 16, BN 14, PKR 5 dan DAP 1. Kesemua jumlah Adun Kedah ialah 36 orang.
Dari segi kedudukan mengikut bangsa pula, 31 Adun Melayu, empat Cina dan satu India.
Bagaimana pun tindakan DAP itu sedikit sebanyak mengoyangkan kerajaan Kedah. Sudah tentu perkembangan terbaru itu menyebabkan Azizan Razak tidak berapa lena tidur. Sekiranya Adun DAP menurut keputusan DAP untuk tidak bersama PKR sebaliknya berpihak kepada UBN, kedudukan BN di Dun kini bertambah menjadi 15 kerusi.
Dengan kedudukan itu UBN masih tidak dapat berbuat apa-apa kerana Pakatan masih menguasi Dewan Undangan Negeri Kedah.
Bagaimana pun dengan perkembangan yang berlaku hari ini Pakatan Rakyat khsusnya Azizan harus berbuat sesuatu untuk memastikan kerajaan beliau yang berusia setahun lebih itu stabil. Tidak mustahil kalau keadaan yang dicetuskan DAP itu tidak dibendung ia akan membawa kepada pergolakan lebih parah sehingga memungkinkan kerajaan itu juga akan bertukar tangan seperti mana berlaku di Perak.
Sesungguhnya untuk mengembalikan ketenangan di Kedah dengan apa yang berlaku hari ini memerlukan kebijaksanaan Menteri Besar itu. [wm.kl. 8:45 am 01/07/09]
http://msomelayu.blogspot.com/
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan