Pemuda Luar Diminta Turut Kempen
Posted on 01/07/2009 by ahmadfadhli



Manek Urai – Golongan muda penyokong PAS di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai diharap dapat turut memberikan sokongan dan kerjasaman kepada jentera parti bagi menghadapi pilihan raya keci DUN itu pada 14 Julai ini.

Yang diPertua PAS Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul rahman berkatam walaupun tidak mengundi pada pilihan raya kecil itu nanti, golongan berkenaan masih boleh memainkan peranan penting membantu jentera parti dan rakan-rakan mereka di Manek Urai.

“Walaupun sebagai orang luar dan tidak boleh mengundi, tetapi saya harap pemuda dari DUN lain dapat turut serta membantu jentera dan kempen parti terutama dalam usaha menarik sokongan pengundi muda,” katanya.

Abdul Latiff yang juda Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Bakat Baru DUN Manek Urai anjuran Pemuda PAS Lepan Kabu, dekat sini semalam.

Hadir sama Bendahari Dewan Pemuda PAS Kelantan, Wan Azimin Wan Adnan, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai, Mahadi Mat Zain dan Ketua Pemuda PAS Cawangan Lepan Kabu, Mohd Nasir Ibrahim.

Turut hadir pada perasmian kejohanan yang disertai 16 pasukan itu Penghulu Mukim Pahi, Ahmad Mohd Ariffin dan penganjur, Abang Kob atau nama sebenarnya, Ahmad Salleh.

Pada ucapan sama, Abdul Latiff yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan berkata, seperti juga kejohanan Sepak Takraw yang memerlukan kerjasama semua ahli pasukan, kejayaan memerintah sebuah negeri juga memerlukan semangat yang sama.

Menurutnya, hanya dengan kerjasama dan sokongan semua pihak termasuk golongan muda sebagai golongan pewaris kepimpinan, pemerintahan kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama sekarang akan lebih kukuh dan mantap.

Sumber : Sinar Harian edisi Kelantan, 1 Julai 2009

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.