Sarawak Dan Sabah Pertama Laksana E-Mahkamah

MIRI: Jabatan Kehakiman di Sarawak dan Sabah telah melakukan satu revolusi baru dalam sistem kehakiman negara dengan pelaksanaan mahka-mah elektronik atau e-mahkamah.

“Ia merupakan satu revolusi baru dalam sistem kehakiman di negara ini yang bergerak maju ke arah mewujudkan kerajaan elektronik dengan mempraktikan teknologi terkini dalam sistem pentadbirannya,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz.

Menurut beliau pelaksanaan e-mahkamah banyak membantu menjimatkan masa dan juga kos dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sejajar dengan konsep 1 Malaysia.

Justeru menurut Nazri, Jabatan Kehakiman di Sarawak dan Sabah telah mendahului Jabatan Kehakiman yang lain di Semenanjung Malaysia dalam melaksanakan sistem tersebut.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Mahkamah Miri di sini pagi semalam.

Hadir sama pada majlis itu ialah timbalan beliau, Datuk Liew Vui Keong dan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Abdullah Sani Ab. Hamid dan Hakim Mahkamah Tinggi Miri Dato’ Zulkifli Bakar.

Menurut beliau, dengan adanya e-mahkamah seperti sidang video (VC) yang diadakan di Mahkamah Teknologi, sesuatu kes yang membabitkan peguambela dari luar kawasan dapat diselesaikan dalam masa kurang 30 minit menjimatkan kos berbanding sebelum ini.

“Ini menunjukkan penggunaan teknologi dalam mahka-mah sesuatu yang tidak boleh dikompromi dalam melaksanakan e-mahkamah,” ujar beliau lanjut.

Sehubungan itu katanya penggunaan sistem e-mahka-mah akan turut diperluaskan ke Semenanjung Malaysia bagi memudahkan penyelesaian se-suatu kes.

Dalam pada itu, Nazri turut mengumumkan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM300 ribu untuk penambahbaikan Kompleks Mahkamah Miri.

Daripada jumlah itu, RM200 ribu diperuntukkan bagai kerja-kerja membaikpulih keperluan segera di bangunan kompleks berkenaan. Manakala RM100 ribu lagi adalah untuk menyelenggara bangunan Mahkamah Litar di Batu Niah.

Berkenaan masalah ketiadaan kenderaan pacuan empat roda (4WD) bagi keperluan mengadakan mahkamah bergerak di kawasan luar bandar, Nazri berkata beliau akan berbincang dengan Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta kerajaan negeri untuk menyediakan sebuah kenderaan 4WD bagi tujuan tersebut.

“Bukan bermakna kita mengenepikan keperluan tersebut tetapi kerana mahkamah bergerak yang diwujudkan di kedua-dua negeri ini satu perkara baru, justeru mungkin keperluan (masalah) tersebut belum sampai ke pengetahuan pihak yang berkenaan,” jelas beliau lanjut.

Pada masa sama, beliau turut memuji ilham Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Datuk Seri Richard Malanjum dalam mewujudkan mahkamah bergerak untuk memberi khidmat dan bantuan kepada penduduk-penduduk di kawasan pedalaman .

“Saya menyokong penuh usaha Tan Sri Richard dalam mewujudkan mahkamah bergerak seperti ini dan ia sesuatu yang perlu untuk memberi khidmat dan bantuan perundangan kepada penduduk di kawasan pedalaman,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan Penerangan: Diharapkan dengan wujudnya sistem mahkamah elektronik yang membuktikan kecanggihan teknologi dalam bidang kehakiman, sistem mahkamah juga menjadi lebih telus dan tidak bersifat berat sebelah dan pilih bulu, apatah lagi mudah disogok apabila dihulurkan gula-gula berbentuk ringgit Malaysia.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam, andai sebaik mana perlaksanaannya dengan pentadbiran yang mempraktikkan teknologi terkini sekalipun memberi khidmat yang cepat dan terbaik kepada komuniti, tetapi jika sistem kehakiman Malaysia masih ditakuk yang lama, sudah pasti krisis keyakinan masyarakat terhadap sistem kehakiman masih menebal dalam hati dan jiwa pendukung dan pencinta keadilan di negara ini, bahawa sistem kehakiman 1Malaysia sekarang ini hanyalah sebagai perisai segelintir kelompok yang berkepentingan. Dari kes Eric Chia, Linggam hinggalah ke masa kini kes DS Anwar, DS Nizar. Hakikatnya SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA HANCUR! Rakyat inginkan perubahan! Rakyat inginkan sistem kehakiman negara telus dan terpelihara!

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.