Sebuah Agensi Khusus Untuk Urus Air Di Sarawak

dipetik dari Borneo Post Online

Ia ditubuh untuk memastikan pembangunan dan pengurusan sumber air dilindungi secara menyeluruh

KUCHING: Kerajaan bercadang menubuhkan sebuah agensi atau jabatan khusus bagi memastikan pembangunan dan pengurusan sumber air negeri ini dipulihara dan dilindungi secara menyeluruh.

Menteri Muda Alam Sekitar Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen berkata keperluan penubuhan badan berkenaan wujud disebabkan ketika ini tiada pihak yang dipertanggungjawabkan dengan fungsi menyeluruh dalam aspek pembangunan serta pengurusan sumber air.

Bagaimanapun menurut beliau, sebenarnya sudah wujud undang-undang serta peraturan-peraturan yang memadai untuk membangun serta melindungi sumber air di Sarawak.

“Begitu juga terdapat beberapa agensi dan jabatan yang bertanggungjawab ke atas perkara berkenaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Tanah dan Survei, Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).

“Tetapi ada pihak (jabatan atau agensi) yang bertanggungjawab bagi persekitaran fizikal, manakala ada agensi lain yang bertanggung-jawab bagi pengurusan sumber, ada agensi yang mempunyai kepakaran teknikal tetapi tiada kuasa perundangan atau penguatkuasaan dan sebaliknya.

“Manakala ada agensi yang tidak ada pembiayaan mencukupi, selain kekurangan kepakaran dan tenaga kerja,” katanya ketika merasmikan bengkel Pengurusan Lembah Sungai Bersepadu (IRBM) di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Setiausaha Tetap Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Ganie Ugay.

Namun demikian Dr Rauf berkata sumber air di negeri ini semakin merosot dari segi kualiti dan kuantitinya.

Sehubungan itu beliau memberitahu, beberapa kajian telah dijalankan bagi mengukur kepenti-ngan dan komitmen dalam melin-dungi serta memulihara sungai yang menjadi sumber bekalan air utama negeri ini.

“Ketika ini, kita (Sarawak) amat bertuah kerana mempunyai rang-kaian sungai besar yang menyusuri seluruh negeri.

“Malangnya, aktiviti manusia se-perti pembukaan hutan, pembalakan dan pertanian telah menjejaskan sumber air itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Rauf memberitahu beberapa kajian telah dijalankan bagi mencari pendekatan sesuai dalam aspek pembangunan dan pengurusan air di Sarawak.

Beliau memberitahu, Unit Perancang Negeri (SPU) telah membuat kajian mengenai Pelan Induk Pengurusan Sumber Air Bersepadu Sarawak yang dijangka siap tahun ini.

Katanya, kajian itu penting untuk merangka Pelan Induk Bagi Pengurusan dan Pembangunan Bersepadu Sumber Air di Sarawak selain menyediakan Pelan Pelaksanaan Berperingkat dan Pelan Tindakan Untuk Negeri.

“Kajian tersebut menunjukkan usaha kerajaan negeri untuk mengkaji secara serius berhubung pengurusan sumber air kita.

“Sekarang adalah waktu yang se-suai bagi kita untuk mengambil langkah berani ke arah merealisasikan IRBM,” katanya.

Hadir sama dalam majlis ber-kenaan ialah Kontroler NREB Dr Penguang Manggil.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.