Kunjungan PM Najib Razak bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut baru-baru ini telah menempa sejarah buat puak-puak UMNO disitu. Masing-masing kini mula bersemangat untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan, biar pun mereka tahu riwayat politik UMNO kini sudah hampir ke penghujungnya. Duduklah dimana-mana kedai kopi sekali pun, pasti ramai yang benci kepada UMNO. Bukan dek kerana parti, tetapi kerana kesilapan individu yang dipilih sebagai pemimpin itu sendiri. Di Jerantut misalnya, kelibat ADUN Tahan Wan Amizan (foto) amatlah tidak digemari oleh puak-puak UMNO di sana. Wan Amizan dilihat pemimpin yang banyak menjahanamkan nama UMNO di Jerantut. Malah, beliau dilihat banyak mengumpul harta untuk kepentingan dirinya sendiri. Terdapat maklumat daripada "Broker Saham" yang menjadi "Remiser" kepada Wan Amizan, bahawa ADUN itu mempunyai aset berupa saham-saham yang mencecah ke angka RM10 juta. Soalnya, dari mana beliau memperolehi semua itu?. Jika tidak kerana kerjanya merompak hasil mahsul rakyat di daerah itu, masakan anak peneroka Jengka 12 itu boleh semewah itu. Perangainya yang gemar membeli mana-mana musuh politiknya itu, jelas sekali tidak digemari oleh pemimpin UMNO Jerantut. Malahan, terdapat desakan akar umbi Pemuda UMNO Jerantut agar namanya dikeluarkan sebagai calon dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Desakan itu kini semakin membara, bahkan terdapat sumber mengatakan jika UMNO Jerantut tidak membuat perubahan besar maka ada kemungkinan kerusi Parlimen Jerantut bakal jatuh ke tangan pembangkang. Rasional ini dikuatkan lagi dengan jumlah undi majoriti yang dimiliki oleh BN dalam pilihanraya umum lalu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat. BN hanya diselamatkan oleh DUN Pulau Tawar, jika tidak sudah pasti Jerantut menjadi parlimen ketiga yang berjaya ditakluki pembangkang dalam pilihanraya umum lalu. Terdapat banyak dakwaan bahawa ada pemimpin muda UMNO yang mahu menjatuhkan Wan Amizan di Jerantut sekarang ini. Mereka sedang melakukan agenda terancang ke arah itu. Jentera pihak terbabit kini sudah bersedia ke arah itu, dan sudah pasti Wan Amizan bakal dibenamkan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Tambahan pula, ADUN Tahan itu dilihat tidak sesuai untuk memimpin serta membawa perubahan generasi baru.
[Mahu atau tidak pucuk pimpinan tertinggi UMNO negeri perlu korbankan Wan Amizan jika tidak mahu kerusi parlimen Jerantut jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Soalnya apakah Wan Amizan boleh berdiam diri dengan gerakan dalaman yang mahu menghancurkan periuk nasinya itu?. Beliau sebenarnya sudah tahu pemimpin yang mahu menjatuhkan beliau itu. Namun, berjayakah dia berhadapan dengan pemimpin terbabit agaknya. Apapun, harus diingat bahawa Wan Amizan punyai wang dan pengaruhnya yang tersendiri. Biar pun dia kelihatan turun naik pejabat hutan di Kuantan, namun dia pandai mengagih-agihkan rezeki yang diterimanya itu. Malah, kes beliau melarikan anak peneroka Padang Piol secara paksa untuk dibuat bini masih diperkatakan orang hingga ke hari ini. Kenapakah Wan Amizan tergamak menggunakan kekuatannya untuk merampas kebahagian orang lain. Pelajar yang mahu meminta sokonganya telah dipaksa menjadi isteri kedua beliau yang menyebabkan keluarga mangsa terbabit kini trauma dan kecewa. Itulah dia bukti kejahatan Wan Amizan ini yang heboh diperkatakan orang sebenarnya].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan