Kontroversi: "Double Standard", Suara Keadilan Lapor Felda Bangkrap Mengamuk Tapi Idris Jala Kata Malaysia Muflis Kenapa Dia Tidak Di Saman
Inilah yang dikatakan, amalan "double standard" yang menjadi darah daging kerajaan UMNO BN di Malaysia ini sebenarnya. Mereka akan mengamuk sakan bila mana-mana pemimpin atau media pembangkang melaporkan berita yang "kurang menyenangkan halwa telinga" mereka. Sebaliknya, mereka akan menikus bila kenyataan tersebut dibuat oleh pemimpin atau media kawalan mereka. Jika benar mereka jujur dan ikhlas, kenapa perlu ada "dua darjat" dalam hal ini?. Nampak benar tindakan tersebut adalah dek kerana politik "balas dendam" semata-mata. Rakyat sedar dan dapat menilai segala yang berlaku ini sebenarnya. Kita ambil contoh, akhbar Suara Keadilan mahu disaman oleh mereka dek kerana melaporkan artikel bahawa "Felda Bangkrap", sebaliknya mereka menikus apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala (foto) mengatakan "Malaysia Muflis" menjelang tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak mengurangkan pemberian subsidi dan mengawal pinjaman sedia ada. Terkadang kita tidak faham dengan mentaliti dan kepala otak puak-puak UMNO ini sebenarnya. Malaysia muflis dengan Felda bangkrap adalah perkara yang sama. Mana yang lebih besar Malaysia atau Felda?. Kita layak mengatakan sesebuah syarikat itu akan bangkrap atau muflis apabila berlaku kerugian yang besar dalam perniagaan mereka. Apatah lagi bila mencecah berbilion ringgit sebenarnya. Makanya, Suara Keadilan layak mengatakan Felda bangkrap selepas dibuktikan menteri berkaitan mendedahkan perkara itu di parlimen (Ahmad Maslan). Apakah itu satu fitnah agaknya?. Samalah juga dengan kenyataan beberapa orang pemimpin pakatan rakyat di Pahang bahawa negeri ini muflis akibat mengalami "bajet defisit" setiap tahun sejak Dato' Seri Adnan Yaakob menjadi Menteri Besar 11 tahun yang lalu. Kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak menyaman dan mengatakan semua itu fitnah pembangkang?. Mudah alasannya, sebab ia dibuktikan di Sidang Dewan Undangan Negeri oleh MB sendiri. Makanya, tidak timbul soal fitnah dan sebagainya. Begitu juga dalam kes Felda, apakah ia fitnah sedangkan telah didedahkan secara terbuka di parlimen sebelum itu. Jika begitulah keadaanya, maka Kerajaan Malaysia juga perlu menyaman dan mengambil tindakan terhadap Menteri UMNO Idris Jala kerana mengatakan Malaysia akan Muflis pada tahun 2019 nanti. Malahan, Perdana Menteri Najib Razak sendiri juga menafikan kenyataan celupar Idris Jala selepas itu. Soalnya, kenapa tiada tindakan tegas diambil terhadap Idris. Ini semua kerana amalan "double standard" yang akan dilakukan selama mana mereka itu terus berkuasa !
[Usahlah kita terkejut dengan senario ini. Anggaplah ini semua amalan biasa yang pasti digunakan oleh mereka ketika "nyawa sudah dihujung tanduk". Maka itu juga kita tidak hairan bila mana permit akhbar Suara Keadilan digantung gara-gara artikel panas itu. Anehnya, Idris Jala bukan sahaja tidak disaman malah tugasnya sebagai menteri juga tidak digantung oleh kerajaan yang kononnya bermaruah itu. Semua ini memungkinan kepada kita bahawa puak-puak UMNO BN amat takut rakyat mendapat berita yang lebih jelas dan tepat selain media arus perdana. Soalnya sekarang, apakah mereka benar-benar hebat dan yakin rakyat setuju dengan apa yang dilakukan ini?. Apa yang pasti rakyat semakin bosan dan benci dengan keletah mereka yang kebudak-budakan ini. Makanya sudah pasti hukuman akan dibuat dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Semoga rakyat akan sedar dan bangkit untuk melakukan perubahan secara besar-besaran selepas ini].
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan