Edisi Pahang: Puak UMNO MCA Kuantan Berebut Kerusi???

Edisi Pahang: Puak UMNO MCA Kuantan Berebut Kerusi, Petanda Awal PKR Pertahankan Parlimen Itu Dalam Pilihanraya Umum Ke-13 Makin Cerah !


Nampaknya UMNO Kuantan begitu teruja untuk merampas semula kerusi parlimen Kuantan dalam pilihanraya umum akan datang. Susulan daripada itu mereka mahukan hak semula agar kerusi parlimen itu diserahkan semula kepada UMNO. Dalam pilihanraya umum lalu, kerusi itu dimenangi oleh Fuziah Salleh (PKR) menawaskan Fu Ah Kiow (MCA) dengan majoriti melebihi satu ribu undi. Kekalahan itulah adalah satu tamparan hebat buat BN, kerana parlimen Kuantan adalah merupakan kubu kuat mereka sejak sekian lama. Namun, kerusi tersebut diserahkan kepada MCA dengan penuh kontroversi pada pilihanraya umum ke-11 yang lalu. Terdapat maklumat mengatakan pemimpin UMNO Kuantan begitu marah dan mengamuk bila kerusi parlimen itu diserahkan kepada MCA ketika itu. Malah ada yang bertindak menyerang rumah Menteri Besar Pahang di Jalan Teluk Sisek. Semua ini dek kerana geram dengan keputusan yang dibuat oleh Dato' Seri Adnan Yaakob tentang perkara itu. Fu Ah Kiow bernasib baik kerana menang dalam pilihanraya umum selepas itu, menewaskan calon yang sama dari PKR iaitu Fuziah Salleh (foto). Beliau kemudian dilantik sebagai salah seorang Timbalan Menteri dalam kabinet BN. Namun, pilihanraya umum lalu (2008) beliau tiba-tiba tewas sedangkan ketiga-tiga DUN dalam parlimen Kuantan dimenangi oleh BN iaitu DUN Teruntum, DUN Inderapura dan DUN Tg.Lumpur . Inilah yang memuyskilkan puak-puak MCA sebenarnya. Terdapat sumber mengatakan kekalahan Fu Ah Kiow adalah kerana beliau mengeluarkan nama Ti Lian Ker daripada senarai calon MCA dalam PRU-12 itu. Lantaran marah dengan perbuatan tersebut, maka Ti Lian Ker telah mengarahkan jentera dan orangnya pastikan Fu Ah Kiow tertewas. Kenyataan itu dibuat selepas beliau mengamuk di pejabat MCA bila mengetahui namanya tidak tersenarai sebagai calon. Namun, ada laporan mengatakan Fu Ah Kiow tewas dek kerana penyokong UMNO membuat undi protes terhadapnya. Strategi itu dilakukan bagi membuktikan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN agar kerusi itu wajar diserahkan semula kepada UMNO. Namun, mereka lupa kemenangan PKR itu adalah dek kerana suara rakyat sebenarnya.



[Lantaran itulah kita tidak hairan UMNO Bahagian Kuantan membawa usul agar kerusi parlimen itu diserahkan semula kepada UMNO dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Usul itu diterima sebulat suara oleh perwakilan dalam mesyuarat UMNO bahagian itu semalam. Soalnya sekarang, apakah MCA akan berdiam diri dengan usaha tersebut?. Sudah pasti mereka akan mempertahankan kerusi tersebut untuk parti berkenaan. Bagi MCA, kemenangan dan kekalahan adalah ada dalam pertandingan. Namun, jika MCA masih mengekalkan kerusi itu jelas sekali ia akan memberi kemenangan yang lebih besar kepada Fuziah Salleh dalam PRU-13 nanti. Sudah pasti ramai penyokong UMNO tidak akan mengundi BN kerana memprotes keputusan tersebut. Tambah perit lagi, jika UMNO merampas kerusi itu dari MCA. Ia juga akan memberi peluang kepada Fuziah Salleh meneruskan kesinambungannya membela rakyat disitu. Tambahan pula, majoriti kaum Cina sekarang ini memang realitinya menolak BN mutakhir ini. Maknanya kekuatan Pakatan Rakyat disitu pasti akan bertambah, sama seperti zaman UMNO dan parlimen Kuantan dipimpin oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman dulu].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.