Blogger Cucumatkilau Bakal Berceramah Di Raub Malam Ini, Biar Pun Timbul Kontroversi Tentang Hasratnya Keluar PKR Kini Hangat Diperkatakan


RAUB, 23 Okt [11.34 am] - Blogger panas dan bekas Editor Eksklusif Pahang Daily Online (PDO), Mohd Shukri Mohd Ramli @ cucumatkilau yang kini dikaitkan dengan desas-desus akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal berceramah di Felda Sg.Koyan 2 dekat sini malam nanti. Beliau telah diundang khas oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) untuk bersama Ustaz Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS) dan Ustaz Suhaimi Saat (Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang) dalam program itu . Shukri, yang sebelum ini menyatakan bahawa beliau bersedia meninggalkan PKR selepas melihat parti itu kian tersasar dari landasan asal perjuangannya. Beliau dikatakan mahu menjadi "Blogger Bebas" seperti Raja Petra, Hishamuddin Rais, Kicdefellaa, Mat Saman Kati dan lain-lainnya. Sebelum ini beliau dikatakan telah menjadi ahli parti PKR dan pernah bertanding atas tiket parti itu di DUN Kemayan, Parlimen Bera pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Difahamkan, keputusan sama ada mahu keluar parti telah diputuskan cuma masih belum disahkan lebih lanjut. Sementara itu, ramai pemimpin PKR Pahang dipercayai telah menghubungi dan bertemu beliau berhubung perkara itu. Soalnya sekarang, apakah beliau akan umumkan keputusan tersebut malam ini atau sebaliknya. Namun menurut Shukri, semua desas-desus itu adalah "khabar angin" semata-mata dan beliau tidak mahu mengiyakan atau menafikannya. "Kita tunggu dan lihat perkembangan ini, saya menghargai pandangan dan kritikan yang dilontarkan oleh semua pihak. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang sudi mengundang saya untuk berceramah di pentas PAS pada malam ini", katanya.


Cucumatkilau ketika menyampaikan ucapan panasnya ketika Hari
Pencalonan Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini


[Ramai yang terkejut sebenar dengan "khabar angin" cucumatkilau bakal tinggalkan PKR. Rata-rata pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat Pahang kini sibuk menghubunginya untuk mendapatkan maklumat tentang perkara itu. Namun, semuanya masih menjadi teka-teki sehingga ke hari ini. Malah, beliau masih menerima undangan untuk berceramah di pentas pembangkang seperti biasa. Soalnya sekarang, banyak timbul spekulasi yang panas seperti ini yang kemungkinan besar dilakukan oleh pihak musuh dalam usaha memecahbelahkan perpaduan parti. Namun, dalam masa yang sama juga PKR perlulah benar-benar berubah jika berhasrat untuk meneruskan agenda perubahan buat rakyat sebenarnya. Kami akan melaporkan perkembangan ini secara eksklusif dari masa ke semasa].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.