"
Galas, dahulunya dikenali sebagai Hulu Kelantan, saiznya adalah lebih besar dari negeri Melaka. Populasi Galas dihuni oleh mereka yang yang kebanyakan adalah peladang, penoreh-penoreh getah, pekerja-pekerja yang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit dan juga pekerja-pekerja yang bekerja dalam sektor yang bersangkut dengan pembalakan.
Ada dua orang gurkah-gurkah politik di'port' telah ditugaskan untuk mendapatkan apa-apa maklumat yang padan patut yang boleh digunakan untuk tujuan pilihanraya kecil ini yang baru kembali dari Galas kelmarin dengan bermacam-macam cerita menarik.
Walaupun pekan Galas ni macam pekan 'cowboy' atau pekan hantu, namun kes-kes ragut dikatakan selalu juga terjadi dan begitu juga dengan kes-kes pecah rumah. Dan ada juga cerita yang gaji seorang penoreh getah di Galas boleh mencapai 200 ringgit satu hari. Woww..!!
Yang akan menjadi tumpuan untuk didirikan bilik-bilik gerakan oleh parti-parti yang bertanding dan yang terlibat dalam pada pilihanraya kecil dalam Gua Musang dari seluruh Malaysia ini ialah, di dua kawasan perumahan iaitu Taman Kesedar Jaya dan Taman Wangi yang lebih dikenali sebagai Damansara Heights Gua Musang.
Gurkah-gurkah ini sudah cakap yang sewa sebuah rumah teres di Taman Kesedar Jaya dan Taman Wangi ini untuk kegunaan parti-parti politik yang terlibat pada PRK ini telah mencecah diantara 6 ribu sehingga 15 ribu ringgit untuk satu bulan, manakala sewa untuk sebuah bilik pula boleh mencapai sebanyak 3 ribu ringgit. Kadar sewa rumah dan bilik itu telah di-naikan sehingga 1,000 %.
Memandangkan pilihanraya kecil yang tak pernah berlaku disini, orang-orang Galas memang pandai mengambil kesempatan pada situasi ini untuk mencekik orang-orang politik dari bandaraya dan lain-lain bandar yang mahu kesini. - dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com
dollah yankee -
mengikut maklumat yang diterima gurkah-gurkah politik di'port', pengundi disini telah mengharapkan agar PAS/Pakatan Rakyat dapat meng'Galas' harapan mereka. "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan