Kontroversi: Benarkah TV3 Di Denda "RM50,000" Oleh SKKM Gara-Gara Isu Iklan Raya Hina Islam Atau Hanya Gimik Semata-Mata Untuk Tutup Kes


KUALA LUMPUR, 22 Okt [8.00 am] - Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu. Iklan yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta pertama itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam. Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memaklumkan kepada Dewan Rakyat semalam, siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan “menghina dan mengapi-apikan”. Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen bebas yang mewakili Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan “Sinari Lebran”. Zulkifli dalam soalannya mendakwa iklan tersebut “menghina dan menjatuhkan martabat Islam”. “Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan kepada TV3,” kata Salang. TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan. Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita. Kos penerbitan iklan itu cecah RM200,000 dan banyak gunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

[Sesuatu yang memusykilkan kita, benarkah TV3 telah didenda RM50,000 itu atau sekadar gimik semata-mata untuk kaburi mata umat Islam di Malaysia. Rasionalnya, mana mungkin kerajaan berani ambil tindakan terhadap saluran TV swasta yang menjadi pengampu utama UMNO BN itu. Cuba lihat apa yang dilakukan oleh TV3 kepada perhimpunan agung UMNO sekarang ini. Sudahlah ulasan selari siaran langsung dijalankan, malah separuh daripada siaran berita Buletin Utama juga disiarkan sedutan ucapan pemimpin ketika sidang itu berlangsung. Semua ini menggambarkan bahawa TV3 adalah penerus agenda perubahan kepada kerajaan itu sendiri. Makanya, apakah TV3 semudah itu boleh didenda oleh kerajaan?. Soalnya juga, kenapa Pengarah Kreatif TV3 (Douglas) yang menerbitkan siaran iklan itu tidak dikenakan apa-apa tindakan?. Sebelum ini, Suara Anak Pahang (SUAP) telah membuat laporan polis terhadap TV3 tentang kes ini, namun setakat mana siasatannya juga kita tidak tahu. Malah SUAP juga berhasrat untuk menyaman TV3 sekiranya ada peguam yang berminat untuk itu. Apapun, iklan tersebut jelas sekali merupakan satu penghinaan besar terhadap Islam itu sebenarnya].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.