Pembelian panik minyak di Perancis


BEBERAPA buah kereta berbaris untuk mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Paris semalam.



PARIS - Pemerintah Perancis semalam meminta penduduk supaya tidak panik ekoran kekurangan petrol yang disebabkan oleh mogok bagi membantah had umur persaraan dilanjutkan kepada 62 tahun.
Pegawai-pegawai di negara itu berusaha untuk mengelak orang ramai menjadi panik dengan membuat pembelian petrol dalam jumlah yang banyak.
Mogok yang disertai tunjuk perasaan melibatkan ratusan ribu orang itu berlaku di jalan-jalan bagi membantah cadangan melanjutkan had umur persaraan anjuran Presiden Nicolas Sarkozy.
Menteri Pengangkutan, Dominique Bussereau memberitahun stesen radio Europe 1 bahawa 10 daripada 12 loji penapisan minyak ditutup akibat mogok itu.
Menurutnya, pembelian panik menyebabkan penjualan petrol meningkat 50 peratus pada minggu lalu manakala ratusan stesen minyak kekurangan minyak.
Ketua Persatuan Industri Minyak Perancis, Jean-Louis Schilansky berkata, bekalan di stesen-stesen minyak kini ditambah selepas pemerintah membenarkan penggunaan trak 44 tan yang sebelum ini dilarang digunakan atas alasan alam sekitar bagi menghantar bekalan minyak.
Kesatuan-kesatuan sekerja menyatakan protes tidak akan berakhir walaupun selepas had umur persaraan itu diluluskan oleh Dewan Senat pada minggu ini. - AFP

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.