PAS sangka p'raya kecil DUN Tenang lebih awal

Written by PAS Johor   
Monday, 27 December 2010 07:22
Jentera PAS bagi pilihan raya kecil DUN Tenang perlu mengadakan satu lagi mesyuarat untuk menyesuaikan perancangannya ekoran tempoh kempen bagi pilihan raya kecil itu adalah tidak sepertimana yang dijangkakan oleh parti itu

PAS menjangkakan tempoh berkempen di Tenang akan jatuh pada pertengahan bulan Januari depan.

azlanSebaliknya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Jumaat lalu bahawa pilihan raya kecil DUN Tenang ditetapkan pada 30 Januari, iaitu dua hari sebelum cuti Tahun Baru Cina.

"Kita perlu mengadakan satu lagi mesyuarat, menstrukturkan semula
pelan tindakan kami," kata pengarah PAS bagi pilihan raya kecil DUN Tenang, Dzulkefly Ahmad.

"Kami sedang berusaha untuk menjadualkan semula kempen kami, dan berharap kami masih boleh mempertahankan momentum kami dan sokongan rakyat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

SPR juga menetapkan 22 Januari ini sebagai hari penamaan calon, dengan lapan hari berkempen.

Dzulkefly berpendapat SPR membuat keputusan tersebut berasaskan rangka masa dua faktor penting.

Pertama, katanya, Umno mahu memudahkan pengundi Cina supaya mereka tidak perlu pulang dua kali - untuk pilihan raya kecil DUN Tenang dan untuk menyambut Tahun Baru Cina.

"Kedua, mereka perlukan waktu tambahan untuk membuat persediaan menghadapi pilihan raya kecil tersebut," katanya.

Ia mendakwa bahawa BN dapat merasakan bahawa pilihan raya kecil itu sengit dan tidak mahu majoriti mereka berkurangan.

Dalam pilihan umum 2004, ADUN Tenang dari BN, Sulaiman Taha menang dengan majoriti 5,517 undi.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum 2008, majoriti tersebut jatuh secara drastik kepada 2,492 undi.

Dzulkefly berkata, jika PAS tidak boleh memenangi pilihan raya kecil ini, ianya merupakan satu tamparan kepada parti itu.

Sebaliknya, kata beliau, sekiranya undi majoriti dapat dikurangkan, maka ia juga merupakan satu tamparan kepada BN.

'Kami tak takut NGO 1Malaysia'

NONEDitanya sama ada NGO 1Malaysia yang muncul sewaktu kempen pemilihan kecil Galas, akan muncul semula di Tenang untuk merayu undi kaum Cina, Dzulkefly berkata, mereka akan menghadapinya dengan pelan pembaharuan 100 hari Pakatan Rakyat.

Dia juga mengecam slogan 1Malaysia yang menurutnya hanya satu slogan kosong.

"Kami tak takut dengan '1 Malaysia'," katanya.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.