SPRM caj bekas pegawai kanan Yayasan Selangor hari ini

April 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengenakan tuduhan rasuah terhadap seorang bekas pegawai kanan Yayasan Selangor di Shah Alam pagi ini.
Individu itu yang dipecat baru-baru ini dipercayai akan berhadapan dengan tiga tuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
“Kesalahan dikenakan melibatkan rasuah sekitar RM45,000, dia akan dicaj tiga tuduhan,” kata sumber kepada The Malaysian insider hari ini.
Pada 18 Mac lalu, kerajaan negeri mengeluarkan laporan audit yang mengatakan Yayasan Selangor mengalami defisit RM7.41 juta sehingga November lalu.
Menurut laporan itu, wujud beberapa kelemahan di agensi itu, antara lain perbelanjaan tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos sambutan  hujung tahun lalu mencecah RM1 juta.
Malah terdapat wang telah selesai dibayar kepada pengurus acara sedangkan aktiviti yang diatur belum dilaksanakan.
Susulan syor dikemukakan laporan audit, kerajaan negeri Selangor juga telah memutuskan menamatkan kontrak perkhidmatan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor Februari lalu.
Laporan media menyebut dia juga telah membawa kes ekoran keputusan itu.
“Terdapat juga tindakan yang dikatakan tidak menjaga kepentingan Yayasan Selangor,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan dikeluarkan bersama sedutan hasil laporan audit itu.
Selain pengurusan perbelanjaan sambutan, kata Khalid kelemahan lain yang dikesan ialah tadbir urus korporat yang tidak baik di mana seramai 18 warga kerja telah berhenti dan 50 lagi ditukarkan dalam tempoh Mac hingga November lalu.
“Pengurus Besar juga meluluskan elaun-elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada Ahli Mesyuarat,” kata Menteri Besar.
Malah menurut Khalid, terdapat 12 keputusan tertinggi dibuat sepanjang tahun lalu hanya melalui ‘Circular’ Resolusi, malah tidak dimaklumkan atau diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 1993 - arahan bagi meningkatkan kualiti perancangan dan kawalan ke atas pengurusan syarikat-syarikat kerajaan.
“Semakan Audit juga mendapati, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) tidak menghormati arahan bercuti dalam siasatan dengan hadir mesyuarat yang dihadiri Pengurus Besar. Perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November 2010,” kata beliau.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.