Video seks: Polis keluar kenyataan hari ini

April 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 April — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengeluarkan kenyataan hari ini berhubung penyebaran video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang yang kini tersebar di Internet.
Bernama Online memetik jurucakap Pusat Media PDRM Bukit Aman berkata, sebarang kenyataan dan sidang akhbar mengenai penyebaran video seks itu akan dimaklumkan kepada media.
Klip video hitam putih 107 saat itu disiarkan di beberapa laman web antipembangkang dan YouTube sejak kelmarin.
Dalam pada itu Utusan Malaysia pula berkata rakaman video seks yang diserahkan oleh “Datuk T” kepada polis dua minggu lalu akan dihantar untuk dianalisis oleh pakar asing di luar dalam tempoh terdekat.
Sumber polis berkata urusan itu akan dilakukan selepas persetujuan dicapai dalam mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar Jumaat lalu mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.
Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai “Datuk T” di hotel Carcosa Seri Negara.
Misteri Datuk T yang bermaksud “Trio” itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lepas apabila bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.