Sungguh mengecewakan dengan keputusan kabinet hari ini berhubung penyelesaian pertikaian mengenai agama anak-anak yang kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka memeluk Islam.
Keputusan kabinet itu amat-amat membimbangkan dan tentu sekali boleh membawa kepada pelbagai masalah sosial kelak. Tanpa bimbingan agama yang mantap daripada ibubapa yang telah bertukar agama ia akan menjadi punca kepada permasalahan sosial yang amat parah dikalangan remaja.
Sekiranya ibubapa bertukar agama, siapakah yang akan mendapat hak penjagaan anak nanti, ini kerana anak itu berbeza agama.
Siapa pula yang akan dipertanggungjawabkan dalam hal membimbing agama. Keputusan kabinet itu merupakan satu tindakan yang tidak berfikir panjang dan meletakkan masalah ini menjadi lebih rumit lagi. Keputusan ini juga telah membelakangkan kemurnian agama Islam.
Ini kerana dari segi agama Islam, apabila mana-mana ibubapa memeluk agama Islam maka status anak mereka yang dibawah umur secara automatik beragama Islam juga.
Agama Islam yang suci ini tidak boleh difikirkan dengan logik akal sahaja, sekiranya difikirkan dengan logik akal maka punahlah ia seperti yang berlaku di negara ini. Secara tak langsung juga keputusan kabinet ini akan meminggirkan lagi orang bukan Islam dengan agama Islam yang syumul.
http://addin77.blogspot.com
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan