Mahkamah Langgar 2 Prinsip Perlembagaan

Mengulas tentang keputusan Mahkamah Persekutuan, Prof. Dr. Aziz Bari berkata, mahkamah sendiri sebenarnya telah melakukan sesuatu yang ultra vires atau melampaui bidang kuasa.

Beliau yang merupakan pakar perlembagaan persekutuan berkata, dalam isu ini mahkamah tidak mempunyai kuasa berbuat demikian kerana Perkara 72 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".




Beliau berkata, "Peruntukan itu sebenarnya melaksankan intipati konsep pemisahan kuasa khususnya mahkamah tidak boleh mencampuri urusan dewan perundangan. " Ini juga merupakan perlindungan dan autonomi negeri dalam persekutuan. Jadi Mahkamah Persekutuan telah melanggar 2 prinsip penting perlembagaan kita," tambah beliau. Prof Aziz menjelaskan bahawa perundangan itu telah diakui oleh mahkamah dalam banyak kes sebelum ini. Tetapi kebelakangan ini mahkamah menampakkan kekaburan dalam memahami konsep pemisahan kuasa.

"Contohnya lihatlah sahaja penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Kok Wah Kuan (2008) yang menyentuh tentang isu pemisahan kuasa antara eksekutif dengan mahkamah. Nampaknya hakim-hakim perlu buka buku balik dan fahami konsep asas doktrin pengasingan kuasa atau separation of powers ini," ujar beliau. Beliau menerangkan, "Konsep itu penting dalam memahami kedudukan dewan yang dalam soal ini menyentuh kuasa Speaker. " Apa asas mahkamah menghukumkan yang tindakan Speaker itu tidak sah? Peraturan mana?, soal beliau.

Katanya, "kalau kita merujuk kepada Peraturan Dewan atau Standing Orders yang menjadi undang-undangnya di sana jelas kuasa mentafsir terletak di tangan Speaker sebagaimana yang disebut oleh Peraturan 89 dan 90. "Mahkamah kata Speaker tidak ada kuasa; kita ingin bertanya apa pula kuasa mahkamah untuk menyemak kuasa Speaker?" Beliau berkata, "kalau kita lihat Perkara 72 (1) tadi sangat jelas bahawa perlembagaan tidak membenarkan mahkamah masuk campur. "Saya tidak fikir ada isu inherent power di sini kerana kuasa sedemikian perlu digunakan dengan berhati-hati apabila melibatkan perlembagaan,". Beliau menerangkan "ada yang menyatakan mahkamah ada kuasa dibawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.

"Peruntukan hanya memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk membuat penentuan, bukan melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh perlembagaan," tegas beliau.-Prof. Aziz Bari
http://addin77.blogspot.com

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.