WANG TUNAI RM21 JUTA – HASIL RAMPASAN TANAH TERBARU UNTUK SAUDARA TAIB!

This post is also available in: English
WANG TUNAI RM21 JUTA – HASIL RAMPASAN TANAH TERBARU UNTUK SAUDARA TAIB!
Dalam beberapa hari menjelang pilihanraya, keluarga Taib Mamhud masih giat menerima wang hasil dari tanah-tanah yang diberikan kepada mereka oleh Ketua Menteri.
Pada 18hb Februari yang lalu, bursa saham Malaysia telah mengumumkan suatu pembelian berjumlah RM21 juta bagi 80% syarikat yang telah diberikan saham bagi ladang seluas 5,000 hektar di Baram oleh Taib Mahmud. Berdasarkan siasatan dan kajian yang kami jalankan, kami mendapati saham mewah itu telah dibayar dengan wang tunai untuk saudaranya, Ibrahim Mahmud!
Ibrahim yang miskin?
Ibrahim sering dikatakan sebagai saudara Taib yang paling miskin, kerana dia melakukan kerja seperti kebanyakan orang dan memasuki pasukan polis. Menurut sumber dalaman dari kalangan keluarga Mahmud, bahawa mereka bersimpati dengan hidup Ibrahim kerana dia tidak kaya seperti saudara-saudaranya yang lain yang bergantung hidup pada pembalakan dan perladangan kelapa sawit yang diberikan kepada mereka oleh Ketua Menteri.
Namun, kami telah mendapati bahawa Ibrahim kini menjadi semakin kaya menerusi syarikat Masretus Plantation, iaitu dari Tanah Negeri yang diserahkan oleh Taib kepadanya, dan kini Ibrahim sudah lebih dari selesa!
Beramal, tetapi selebihnya tinggal untuk keluarganya!
Kawasan seluas 5,000 hektar itu telah diserahkan kepada Amgreen Plantations di Baram, merupakan sebuah kawasan yang diancam kemusnahan akibat pembalakan, perladangan kelapa sawit, dan kini pembinaan empangan-empangan hidro-elektrik, terima kasih kepada dasar-dasar Taib Mahmud. Amgreen, yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan Sarawak Plantation, menurut rekod-rekod yang kami perolehi, adalah sebahagian dari Yayasan Sarawak, yang bertanggungjawab untuk mencari wang untuk membiayai biasiswa-biasiswa pelajaran (jurucakapnya, Adenan Satem, adalah ipar Taib Mahmud), dan juga sebahagian dari Yayasan Kebudayaan Melayu.
Namun, pemegang saham yang utama dalam Amgreen bukannya kedua-dua yayasan itu, tetapi sebuah syarikat yang dikenali sebagai Victoria Square Plantation Sdn Bhd, yang memegang 65% saham-sahamnya. Sudah tentunya Adenan Satem tidak hirau sangat untuk mempersoalkan pemegang saham utama dalam Victoria Plantation iaitu Ibrahim Mahmud, yang jelas bertindak sebagai orang yang dihubungi pada 2007 dalam dokumen-dokumen Pendaftar Tanah, bagi sebuah lagi syarikat, Victoria Square Development.
Hanya sekadar alamat-alamat sahaja
Urusan jual-beli dan penyerahan tanah, yang seharusnya untuk kepentingan kedua-dua yayasan pelajaran itu, telah dilaksanakan di dalam pejabat Ibrahim Mahmud. Perhatikan persamaan pada alamat-alamat pejabat dan nombor-nombor telefon mereka (dalam entri berbahasa Inggeris artikel ini)!
Kini, setelah dua-tiga tahun berlalu, Ibrahim telah bercadang untuk mendapatkan wang tunai. Jual-beli yang dilakukan pada 18hb Februari itu telah diumumkan pada Bursa Saham Malaysia. Pengumuman itu menjelaskan bahawa 80% saham dalam Victoria Square Plantations telah dijual, dan dokumen-dokumen itu telah memaparkan butir-butir jual-beli itu, menunjukkan siapa memiliki apa. Justeru itu, kita mendapati begitu mudah untuk mengesan berapa banyak wang yang diperolehi oleh Ibrahim!
Dokumen-dokumen awam itu menunjukkan bahawa pada 18hb Februari, sebuah syarikat awam, Firma Berhad telah membeli 126,000 saham Victoria Square Plantations dari sebuah syarikat yang bernama Network Jaya Sdn Bhd. Syarikat Network Jaya adalah pemilik mutlak Victoria Square Plantation. Perhatikan juga – alamat Network Jaya Sdn Bhd yang kelihatan biasa pada kita!
Ibrahim Mahmud juga adalah pemegang utama saham-saham dalam Network Jaya. Victoria Square Plantation yang disebut dalam buku prospectus pemegang-pemegang saham dalam Firma sebagai syarikat ‘dormant’. Aset-aset utama (suatu sebab kenapa Firma Bhd membayar sejumlah wang yang banyak untuk mendapatkan 80% saham) adalah, sememangnya, 65% saham-saham Amgreen Plantation – iaitu tanah seluas 5,000 hektar yang diserahkan kepada ‘usahasama’ di antara Yayasan Sarawak, Yayasan Kebudayaan Melayu dan syarikat milik Ibrahim sejak 2007 lagi, oleh saudaranya, Taib Mahmud.
Pembelian itu, yang kita tahu telah dilakukan sebulan lalu, telah berjaya mendatangkan keuntungan sebanyak RM21 juta untuk syarikat Network jaya, dan memandangkan mereka hanya menjual 80% saham-saham, Ibrahim dan rakan-rakannya telah menyimpan suatu saham dalam perladangan lebih sedikit dari keuntungan yang besar yang telah mereka perolehi.
Sementara Ibrahim memiliki lebih dari separuh saham-saham dalam Network Jaya dia diandaikan telah mendapat lebih dari RM11 juta dari urusan jual-beli itu. Diandaikan juga, ada pokok-pokok untuk ditebang, di mana keuntungan yang besar telah terjana dari urusan jual beli ini bagi menambahkan pendapatan yang tidak dimasukkan bersama keuntungan dari penyerahan hak-hak berladang itu. Baik juga, walaupun mereka belum lagi mendapatkan penyodok. Pernahkah Ibrahim pergi ke tempat itu?
Berapakah keuntungan sebenarnya?
Jumlah ini amat besar kontranya dengan premium yang diterima oleh Negeri Sarawak untuk tanah yang bernilai tinggi ini yang telah didaftarkan dalam bulan Ogos 2009 (sila lihat butir-butirnya pada entri asal bahasa Inggeris).
Caj sebanyak RM3.7 juta telah dikenakan ke atas urusan penyerahan tanah seluas 5,000 hektar itu. Syarikat milik Ibrahim telah memperolehi 65% dari saham-sahamnya. Maka perkiraan yang kami buat menunjukkan bayaran premium itu adalah sekecil RM2.5 juta sahaja. Ini bermakna keuntungan RM18 juta telah terjana untuk Ibrahim dan rakan-rakannya dari urusan jual-beli itu – dan mereka masih mengekalkan 20% saham di dalam syarikat tersebut!
Dengan ketelusan yang baik dalam kerajaan mungkin telah membenarkan butir-butir sepenuhnya diperiksa oleh orang awam dan ketua-ketua pembangkang, yang tentu akan memaksa Taib untuk berusaha membenarkan kenapakah dia menyerahkan tanah yang bernilai tinggi itu kepada saudaranya dengan harga yang amat murah.
Namun, sekarang kami tahu kenapa Taib mengelak daripada mengamalkan ketelusan dan lebih gemar mengadakan ‘rundingan’ secara tertutup!
Segelintir orang akan percaya bahawa Ibrahim sendiri telah mengeluarkan wang untuk membiayai urusan jual-beli dan penyerahan tanah itu, kerana pada lazimnya, keluarga Mahmud membiarkan rakan-rakan niaga mereka untuk mengeluarkan bayaran untuk mereka, sementara itu mereka hanya akan mendapatkan keuntungan dari saham-saham induk. Sarawak kini adalah terlalu korup di mana tidak seorang pun boleh berniaga tanpa membayar ‘potongan’ kepada Taib dan keluarganya. Maka ahli-ahli keluarga itu sering menganggap diri mereka sebagai orang-orang yang bertanggunjawab untuk mewujudkan peluang berniaga, menerusi akses-akses mereka pada Ketua Menteri, bukannya berkongsi risiko-risiko kewangan. Nampaknya ia merupakan suatu kerja keras yang sering mereka lakukan!
Tidak terlalu miskin!


Taib tidak perlu terlalu risau apabila beliau hendak mengagihkan tanah kepada Ibrahim. Siasatan dan kajian terkini yang kami jalankan telah membuktikan bahawa beliau ada banyak wang untuk dilaburkan. Dokumen-dokumen syarikat menunjukkan sebelum Frontken Corporation Sdn Bhd dibuka kepada awam dalam tahun 2006, Ibrahim Mahmud sudah mampu membeli sehingga 34% saham-saham di syarikat itu, kesemuanya berjumlah 125,125,000. Laporan Tahunan syarikat itu bagi tahun 2007 menyatakan bahawa mereka telah mengeluarkan 118,750,000 saham baru yang mendatangkan keuntungan RM31.4 juta kepada kumpulan itu. Suatu lagi habuan yang amat lumayan buat Ibrahim! Pada kemuncak pasaran saham FCB, saham-saham mereka bernilai sekitar setengah ringgit tiap-tiap satunya, menjadikan saham-saham Ibrahim melebihi RM60 juta.
Ibrahim seharusnya telah mendapat secukup-cukupnya pada usianya yang lanjut itu.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.