Isu Video Seks: Gelaran "Syaitan Bisu", Akhirnya Harussani Terpaksa Bersuara Untuk Menyatakan Kebenaran Kes Itu dari Sudut Pandangan Islam !

Mungkin akibat takut dengan gelaran "Syaitan Bisu" maka akhirnya Mufti Perak, Harussani Zakaria (foto), terpaksa bersuara menyatakan pendirian mereka tentang isu "video seks" yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kenyataan beliau itu adalah berlandaskan kepada pandangan kes dari sudut agama Islam. Sementara itu beliau menafikan yang beliau beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim. Sebaliknya, dia menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar kerana ia belum dibuktikan kebenarannya. “Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan. “Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya. Beliau juga berkata rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar. “Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral. “Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya lagi.

[Tahniah diucapkan kepada Harussani atas kenyataannya ini. Namun, apakah puak-puak UMNO BN boleh menerima apa yang diperkatakan itu?. Terutamanya bagi orang-orang seperti Zamry Kadir (Menteri Besar Perak) yang selama ini menyanjungi beliau. Difahamkan ada beberapa orang lagi Mufti yang akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat ini, cuma apakah mereka berani membuat kenyataan seperti Mufti Perak itu agaknya. Apa yang pasti dengan kenyataan orang-orang seperti Mufti yang selama ini diikuti oleh pemimpin UMNO maka diharapkan kes "video seks" ini dapat selesai dengan baik. Cuma, kemungkinan besar juga mereka tidak akan menerima kenyataan yang dibuat oleh tokoh agama seperti Mufti ini kerana ia tidak termasuk dalam "Skrip Datuk T". Lantaran itu mereka akan mencuba sedaya upaya untuk mensabitkan Anwar dengan adengan tersebut. Soalnya apakah rakyat boleh percaya semua ini. Hanya puak-puak UMNO dan sekutunya sahaja yang boleh percaya cerita "katun" ini sebenarnya. Maka itu renungkanlah segalanya].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.