8 pelajar MRSM positif H1N1




TIONG LAI bertanyakan keadaan kesihatan beberapa orang pelajar yang diletakkan dalam bilik isolasi akibat H1N1 di MRSM Bentong semalam.



--------------------------------------------------------------------------------





BENTONG - Lapan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong di sini disahkan positif selesema babi atau Influenza A (H1N1) selepas ujian sampel tekak mereka didapati mengandungi virus wabak maut tersebut.



Pada masa yang sama, seramai 27 lagi pelajar maktab yang sama telah diasingkan selepas turut mempunyai simptom H1N1.



Daripada kesemua 35 pelajar yang diasingkan itu, seramai 27 orang adalah perempuan.



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika melawat sekolah itu semalam berkata, simptom penyakit seperti selesema (ILI) itu telah dikesan sejak 23 April lalu membabitkan enam pelajar perempuan.



Jumlah itu terus meningkat kepada 16 orang pada hari yang sama.



"Kesemua pesakit telah ditempatkan di bilik isolasi dan diberikan rawatan oleh doktor Hospital Bentong yang datang ke sekolah.









--------------------------------------------------------------------------------







"Virus kluster ILI itu dipercayai dibawa masuk oleh orang luar yang datang menyaksikan acara sukan di sekolah berkenaan iaitu seminggu sebelum kes pertama virus itu dikesan,'' katanya.



Beliau yang juga Ahli Parlimen Bentong memberitahu, bagi mengelak virus tersebut merebak kepada pelajar lain, pihak pengurusan MRSM Bentong telah mengadakan kawalan ketat menghalang orang ramai daripada memasuki kawasan sekolah.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.