PRK Sibu Lebih Sengit

Oleh Erapakatan






KUALA LUMPUR : DAP menjangkakan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu di Sarawak bulan depan lebih sengit daripada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor semalam, yang menyaksikan calon rakan gabungan parti pakatan, Parti Keadilan Rakyat (PKR), tewas kepada Barisan Nasional (BN).



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kawasan Parlimen Sibu mengandungi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri - Nangka, Pelawan dan Bawang Assan - yang dikuasai BN.



"Kami menjangkakan pertandingan sengit di Sibu tetapi kami tidak akan mengalah dan akan terus berjuang ke arah mencapai keadilan bagi semua rakyat Malaysia," katanya kepada media.



Kerusi Parlimen Sibu kosong berikutan kematian Anggota Parlimen lima penggalnya Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, pada 9 April kerana barah hati. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 8 Mei dan 16 Mei sebagai hari pengundian.



Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mendakwa BN berjanji memperuntukkan kira-kira RM160 juta bagi projek-projek di Hulu Selangor dan beliau meramalkan jumlah serupa atau mungkin lebih besar dijanjikan bagi Sibu.



Beliau berkata calon PKR bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim memperoleh lebih undi daripada yang diperoleh oleh penyandang kerusi, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada pilihan raya umum 2008.



Zaid mendapat 23,272 undi berbanding 24,997 undi yang diperoleh pemenang kerusi itu, P. Kamalanathan daripada BN. Dr Zainal memeperoleh 23,177 undi pada 2008.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.