KUALA LUMPUR 26 April [12.23 pm] - Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pernyataan pembelaan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin (foto) dalam kes saman fitnah RM10 juta, ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Prasad Sandosham Abraham menolak permohonan tersebut dan memerintahkan supaya Hamzah selaku defendan membayar kos RM2,500 kerana kelewatannya memfailkan butiran lanjut dalam pernyataan pembelaan yang di luar tempoh masa yang ditetapkan oleh mahkamah. Pada 22 Ogos 2008, Anwar telah memfailkan saman RM10 juta kerana mendakwa Hamzah telah mengucapkan kata-kata fitnah dan menyebabkan penerbitan artikel bertajuk 'Anwar Harrassed My Wife' (Anwar ganggu isteri saya) dalam akhbar Kwong Wah Jit Poh. Plaintif menyatakan, perkataan tersebut telah diucapkan oleh Hamzah selaku defendan pada 19 Ogos 2008 dalam satu ceramah di Permatang Pauh.
[Anwar kini seperti ditertawa dan dipermainkan oleh undang-undang di Malaysia gara-gara keberanian beliau berlawan dan menentang kerajaan UMNO Barisan Nasional. Apa saja kes yang melibatkan dirinya pasti akan ditolak oleh mahkamah tanpa mengambil kira segala keterangan dan bukti-bukti yang telah dikemukakan. Oleh itulah kita tidak hairan, biarpun cukup bukti laporan perubatan hospital yang mengatakan Saiful tidak diliwat oleh sesiapa, namun dek kerana kes ini melibatkan nama Anwar Ibrahim maka sudah pastilah kita sudah boleh menjangka apakah keputusannya nanti].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan