PRK Sibu : Jangan bangkit lawan BN, kata Adun pro-BN

Tuesday, 27 April 2010 11:37 AM


Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)



KUALA LUMPUR : Rakyat di negeri Sarawak sekali lagi menerima ugutan dari wakil rakyat kontroversi di Sarawak, Johnnical Rayong anak Ngipa, apabila sekali lagi memberi amaran kepada penduduk dalam kawasan Dewan Undangn Negeri (Dun) Engkilili agar jangan menentang Barisan Nasional di negeri itu.



Menurutnya, sekiranya bangkit menentang BN akan merugikan rakyat di kawasan itu selain boleh menggugat pembangunan di kawasan berkenaan.



Rayong berkata demikian semasa perasmikan Program 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Sri Aman dengan Kerjsama Komuniti Bestari Nanga Bunu, Skrang di Rumah Minggat, Mujan, Skrang 24 April lalu.



"Kerajaan BN masih lagi berusaha untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang mencakupi peningkatan taraf hidup ekonomi dan sosial penduduk di kawasan luar bandar sehingga sekarang.



"Justeru tidak berbaloi sekiranya penduduk bangkit menentang BN selepas ini. Tindakan ini boleh merugikan diri mereka sendiri memandangkan BN boleh memberi pembangunan terhadap hidup mereka secara berperingkat," katanya.



Rayong sebelum ini memenangi kerusi Dun Engkili atas parti Parti Nasional Sarawak (SNAP), namun keluar meninggalkan parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas pro BN.



Sejak itu, Rayong diberi peruntukan yang sama oleh kerajaan Negeri, BN di Sarawak termasuklah merasmikan majlis anjuran BN di kawasan itu.



Pada majlis itu, Rayong sendiri dibenarkan untuk menyampaikan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mujan.



Tindakannya itu menyebabkan Dun berkenaan yang selama ini diwakili Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mewujudkan reaksi tegang dan sehingga kini krisis antara SUPP dan Adun itu berlarutan.



Rayong sehingga kini berkeras mahu terus bertanding pada Pilihan Raya negeri Sarawak akan datang atas tiket BN dan pada masa yang sama SUPP turut menuntut agar calon dari SUPP kekal bertanding di kawasan itu.



Sementara itu, Adun DAP dari Batu Lintang, Voon Lee Shan ketika dihubungi erapakatan.com berkata, budaya ugut dikalangan wakil rakyat BN di Sarawak sesuatu yang lumrah dan jelas ia merupakan tindakan terdesak parti itu bagi mengelakkan rakyat Sarawak terus menyokong dan mengundi calon Pakatan Rakyat. Lagi ugutan di sini dan di sini.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.