Gempar: Misi Pilihan Raya Umum Ke-13

Gempar: Misi Pilihan Raya Umum Ke-13, Sindiket Menjual MyKad Kepada Warga Thailand Yang Di Dalangi Oleh Puak-Puak UMNO Kini Terbongkar !


Ini satu berita panas yang baru kami terima lewat petang semalam. Ia sungguh mengejutkan dan bukanlah perkara biasa untuk dibicarakan sebenarnya. Sebelum ini memang sudah ada kejadian ini berlaku terutamanya menjelang sesuatu pilihanraya kecil di negara ini. Malah, sebelum ini juga kami ada mendedahkan tentang sindiket yang sama beberapa tahun yang lalu. Kini seolah-olah penyakit ini berlaku lagi. Apa yang ingin kami paparkan di sini ialah berkaitan satu maklumat terbaru yang sungguh menggemparkan kini berlaku. Ia berkaitan dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang kian menjadi-jadi sekarang ini. Ini berlaku di sebuah lokasi di Grik Perak dan kejadian tersebut melibatkan puak-puak UMNO sendiri. Menurut sumber kini pihak terbabit sedang menyiapkan 500 kad pengenalan untuk kumpulan mereka yang kebanyakannya merupakan rakyat Thailand. Mereka diberikan kad pengenalan dengan bersyarat dan perlu mengisi borang keahlian UMNO. Malah, mereka diwajibkan mengundi BN untuk tiga kali pilihanraya umum akan datang. Kami masih mengumpul maklumat sahih dan bahan bukti untuk kes ini. Malah, kami mempunyai saksi penting yang menjalankan kegiatan demikian bagi pihak UMNO. Bila ditanya, apakah motif tindakan ini dilakukan maka dengan mudah mereka menjawab bahawa ia adalah satu strategi untuk memastikan UMNO BN menang besar dan berjaya merampas semula negeri yang dikuasai pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.



[Sesungguhnya maklumat ini amatlah mengecewakan kita sebenarnya. Sudahlah sebelum ini banyak Mykad palsu yang terlepas ke tangan pendatang asing tanpa izin di negara kita. Kini ada sindiket yang didalangi UMNO untuk menawarkan MyKad Original pula kepada mana-mana rakyat Thailand yang mahu menetap lama dan berniaga di Malaysia. Syaratnya begitu mudah iaitu mengisi borang UMNO dan mengundi BN dalam tiga pilihanraya umum akan datang. Bukankah ini satu pengkhianatan sebenarnya. Sebelum ini kami juga mendapat maklumat beribu-ribu MyKad telah dianugerahkan kepada warga Kemboja yang menetap dan ingin bermastatutin dalam parlimen Pekan dekat sini. Mereka juga perlu menunaikan syarat yang sama iaitu mengundi BN dalam setiap kali pilihanraya umum di adakan. Jika inilah senarionya, maka siapakah petualang rakyat sebenarnya?. Bukankah, demi kuasa puak-puak UMNO rela mengadaikan maruah negara kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya. Menariknya, rahsia sindiket ini didedahkan oleh warga Thailand terbabit. Kami akan membongkarkan maklumat terkini isu berkenaan dalam masa terdekat. Semoga ia membuka mata rakyat bahawa terdapat usaha terancang antara UMNO dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri dalam usaha memastikan BN terus berkuasa di negara ini pada masa akan datang. Ini amatlah tidak adil sebenarnya !!].

2 ulasan:

hilbert berkata...

Berita biar betul bro...jangan main tangkap muat saja. Analisa juga biar punya asas, kira2 teori agak tepat, baru boleh jalan, kalau tak, maka tak payahlah.

Bab MyKad yang terlepas ke tangan pendatang asing tu, juga mahu tubuh BN/UMNO yang bertanggungjawab ke? Wajar ke???

MyKad adalah tanggungjawab si pemilik itu sendiri, sebab MyKad merupakan maruah atau moral yang kita sendiri perlu jaga sebaik mungkin sama juga seperti agama yang kita anuti wajib bagi kita untuk memeliharanya jangan sampai ada pihak lain sesuka hati cuba untuk mencemarnya.

Isu MyKad yang terlepas ke tangan pendatang asing itu mempunyai hubungan dengan kes-kes yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini seperti kes pecah rumah, kes ragut, samun, curi dan lain-lain lagi dan perkara ini pasti akan menimbul persepsi liar pihak tertentu terhadap kita dengan pihak lain di sekitar kita juga, maka jangan mudah membuat teori politik dalam hal ini.

sumandak bayu berkata...

Salam Perjuangan bro,

Bila kita berada dalam sesebuah negara yang ada undang-undang maka secara langsung hidup kita hidup penuh dengan tanggungjawab.

Tanggungjawab yang bukan sahaja kita bagi kepada keluarga tetapi juga kepada negara, bangsa dan agama kita.

Tanggungjawab ini juga tak pernah kita tinggalkan bila kita hidup bersosial. Setiap ungkapan, pandangan, pendapat dan persepsi.. ect... kenalah juga berteraskan sikap tanggungjawab kita, barulah orang akan hormat dan 'salute' ngan kita.

Pepatah Melayu ada berkata makan jangan sebarang makan cakap pun jangan sebarang cakap... tunjukkan bukti barulah kita membicarakan isu ini... Telajak perahu bole lagi minta undur telajak kata kena tanggung sendiri Akta Komunikasi dan akta Hasutan sentiasa berdepan dengan kita... Demokrasi tetap demokrasi... bila cetus isu sensitif sebaik2nya kita lebih berfikiran WARAS...

Perjuangan bro akan lebih bermakna bila semua isu yang bro kemukakan berFAKTA bukan AUTA untuk dapatkan PUBLISITI MURAHAN.....

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.