Kos pembinaan Istana Negara RM800j

14/06/2010 4:45pm


KUALA LUMPUR 14 Jun — Kos pembinaan Istana Negara yang baru kini bernilai lebih RM800 juta, termasuk kos menaik taraf jalan dan pembinaan persimpangan bertingkat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.



Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata, perubahan kos itu, berbanding kos asal RM400 juta diumumkan sebelum ini, disebabkan kos asal tidak meliputi harga rundingan dan tidak menyeluruh.



Beliau berkata, pembinaan bangunan baru di Jalan Duta itu terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta).



"Istana Negara merupakan mercu tanda dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia yang mana kemudahannya mestilah melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri estetika khusus.



"Sehubungan itu, kerajaan telah menimbangkan beberapa faktor dan menawarkan projek ini secara rundingan terus kepada tiga syarikat bagi ketiga-tiga komponen utama Istana Negara,” katanya menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di sini. - Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.