S Pathmawathy
Jun 14, 10
8:09pm
Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) tidak lebih daripada satu senarai pengumuman yang berjumlah berbilion ringgit, kata Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ianya tiada beza dengan rancangan Malaysia sebelumnya walaupun ekonomi negara kini sedang berada di persimpangan jalan, kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, rancangan ekonomi yang membabitkan perbelanjaan RM260 bilion itu sepatutnya bukan sahaja memulihkan kelembapan ekonomi, tetapi juga sepatutnya mampu menggerakkan ekonomi keluar daripada kebuntuan yang dialami sejak lebih satu dekad.
Menurut Anwar, "semua strategi inklusif" telah gagal untuk memberi keyakinan kepada pasaran saham, yang ditutup hanya 0.1 peratus atau 1,231 mata pada hari Khamis walaupun "nafas baru" digembar-gembur dalam RMK10.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan RMK10 di Dewan Rakyat minggu lalu dan ia mendapatkan ulasan yang bercampur-campur dari para pengkritik dan penganalisis.
Anwar berkata, kerajaan selalu membuat lunjuran berlebihan mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang mensasarkan pertumbuhan KDNK sebanyak 6 peratus.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan