Hadiah Chaouchi



PENJAGA gol Algeria, Faouzi Chaouchi gagal menampan kemas cubaan penyerang Slovenia, Robert Koren pada aksi Kumpulan C semalam. Kesilapan Chaouchi menghadiahkan kemenangan kepada Slovenia.



--------------------------------------------------------------------------------





POLOKWANE – Kesilapan mudah penjaga gol Algeria, Faouzi Chaouchi telah menghadiahkan Slovenia kemenangan tipis 1-0 pada aksi Kumpulan C malam tadi.



Kecuaian Chaouchi ketika menangkap rembatan kapten Slovenia, Robert Koren membolehkan bola bergolek masuk ke dalam gawang Algeria pada minit ke-79.



Algeria sebelum itu terpaksa beraksi 10 pemain selepas Abdelkader Ghezzal dilayangkan kad merah pada minit ke-73 kerana sengaja menahan bola menggunakan tangan selepas baru 15 minit dia dimasukkan.



Ia merupakan kemenangan sulung Slovenia dalam sejarah pusingan akhir Piala Dunia selepas mereka menamatkan saingan dengan tewas ketiga-tiga perlawanan kumpulan pada penampilan sulung pada Piala Dunia 2002.



Slovenia kini mendahului Kumpulan C dengan tiga mata di hadapan England dan Amerika Syarikat yang memungut satu mata selepas terikat 1-1 pada aksi awal pagi semalam.



Pada awal babak permainan, Algeria dilihat lebih baik berbanding Slovenia dengan Hassan Yebda berjaya menguasai bahagian tengah.



Mereka mencipta beberapa peluang terbaik termasuk pada minit ketiga apabila sepakan percuma Nadir Belhadj hampir saja disudahkan oleh Samir Handanovic tetapi bola sedikit melepasi palang.



Slovenia pula turut memperoleh peluang pada penghujung separuh masa pertama tetapi percubaan kaki kiri Valter Birsa berjaya diselamatkan dengan baik oleh Chaouchi.



Kedua-dua pasukan jelas menghadapi kesukaran untuk mengawal bola rasmi Piala Dunia 2010, Jabulani yang kelihatan mudah melantun sekali gus menyukarkan hantaran bola yang baik ke arah rakan sepasukan.



Kegagalan England mengutip mata penuh pada aksi awal pagi semalam turut disebabkan kesilapan penjaga gol apabila Robert Green menghadiahkan gol penyamaan buat Amerika Syarikat. – Reuters

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.