Kabinet Baru, Harapan Baru?

Perlantikan anggota Jemaah Kabinet yang baru telah pun dibuat ba ru-baru ini. Sungguhpun banyak harapan dipertanggungjawabkan ke atas kabinet baru ini, namun sejauh mana ia akan berjaya merealisasikannya akan hanya ditentukan oleh beberapa bulan yang akan datang.

Janji YAB Perdana Menteri untuk menilai semula prestasi kebinet beliau enam bulan akan datang merupakan satu amaran dan peringatan yang jelas kepada para menteri agar melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang atau menghadapi digugurkan.


3. Saya berharap kabinet kali ini tidak menjanjikan sesuatu yang sukar dilaksanakan atau terlalu banyak slogan sehingga rakyat sekali lagi hilang kepercayaan kepada kerajaan. Kerajaan perlu menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan konsep 1Malaysia yang disebutkan oleh Datuk Seri Najib. Saya lihat telah berlaku kecelaruan fikiran di kalangan rakyat terhadap konsep tersebut. Ada pula yang menyamakannya dengan konsep Malaysia Malaysia yang dibawa oleh DAP sebelum ini. Saya khuatir slogan ini akhirnya akan menjadi seperti beberapa slogan kerajaan sebelum ini yang hanya manis dibibir tetapi tiada keberkesanannya.

4. Sungguhpun mengalu-alukan pengecilan jumlah kabinet, namun saya agak terkilan dengan pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menjadi tempat bernaung golongan usahawan muda dan juga Majlis Amanah Rakyat. Saya khuatir pemansuhan ini dan meletakkan bahagian Pembangunan Usahawan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengurangkan bantuan, sokongan dan perbelanjaan kepada golongan muda.

5. Mungkin Datuk Seri Najib mempunyai idea tersendiri dalam isu ini, namun pada hemat saya jika mahu dikecilkan kabinet maka sewajarnya Kementerian Pertanian digabungkan dengan Kementerian Perusahaan Utama dan Komoditi. Demikian juga, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi boleh digabungkan menjadi satu kembali.

6. Bagaimanapun perubahan bidang kuasa Kementerian Penerangan amat dialu-alukan kerana ia membolehkan semua usaha berkenaan media disatukan di bawah kementerian. Ini akan menjadikan kementerian lebih efisyen dan efektif bagi menghadapi cabaran media baru hari ini.

7. Saya berharap kabinet baru ini dapat mengemukakan agenda reform (pembaharuan) yang diterima rakyat dan melaksanakannya dengan cemerlang.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.