Pengumuman itu umpama 'Sarkas'

Menjadi juara atas kesempitan orang. Mempermainkan. Perlu berterima kasih? Mungkin tidak.

Itulah tanggapan awal, selepas dengan nada lembut dan lunak membebaskan dua akhbar daripada 'tali-gantung' dan 13 tahanan dari Kamunting pada hari pertama memegang kuasa.

Sebenarnya, 'hadiah' ini tidak dibalut kemas. Bila-bila masa boleh terburai. Atau diminta balik, tiada sebarang jaminan.


Saya membaca tindakan ini, sebagai permainan yang cukup menyakitkan. Hadiah dan umpan ini boleh diguna pada bila-bila masa lagi. Tarik dan lepas. Seperti yo-yo atau tak ubah macam layang-layang. Jadi tontonan. Orang ramai yang melihat pertunjukan ini akan bertepuk tangan.

Sebab itu pengumuman itu umpama 'announcer' atau seorang juruhebah di kandang 'Sarkas'. "Ya...tuan-tuan dan puan-puan, hari ini kita bebaskan mereka."

Maka bertepuk-tanganlah dan bersorak-sorai orang ramai. Hebat-hebat. Membelenggu kami, akhbar dan tahanan di dalam kandang yang sudah sentiasa ternga-nga. Dikatup bila perlu. Dibuka bila suka.Semuanya untuk kepentingan penganjur sarkas itu untuk menghiburkan khalayak.

Bukan sebab di dalam kandang itu bersalah, bahaya atau tersilap. Tetapi, penganjur telah 'set-mind' dan arah minda orang ramai. Yang disumbat itu pasti bersalah dan merbahaya. Tanpa sebarang alasan dan tanpa dibicarakan.

"Jika tak salah, takkanlah mereka ini ditahan. Takkanlah mereka digantung tiga bulan," kata sesetengah bibir menjuih. Tapi jika bersalah, nyatakan alasan dan dakwaan. Bawa ke mahkamah.

Tiba hari pengumuman, orang ramai tidak berganjak. Termanggu-manggu. Semua ingin melihat pertunjukkan yang baru. Ya...juruhebah ini tidak menghampakan. Jadi 'announcer' ini turun ke laman, di sekelilingnya kandang.

Juruhebah ini pun, dengan tidak semena-mena mengumumkan ;"kami dengan ini membebaskan mereka". Maka keluarlah 'mereka' ini daripada kandang dan orang ramai pun bertepuk tangan. Wah! jadi bahan tontonan. Hebat-hebat. Mereka telah dibebaskan.

Kalau nak bebas...bebaskan semua. Kalau mansuh, mansuhkan semua. Bukan sekerat-sekerat. Bila-bila masa, guna yang selebihnya lagi untuk tontonan ramai.

Ramai lagi bakal menjadi mangsa. Akan jadi bahan ketawa, hinaan dan permainan. Akhirnya, di sebalik kesusahan, kepedihan, kesempitan, mereka kononnya dinobat sebagai juara.

Itulah politik mereka. Cukup sarkastik...

(Sebarang kritikan dan pandangan, silalah majukan kepada saya di azaminamin@yahoo.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )_

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.