Di Iran, sebelum sesuatu polisi disaran, dibahas atau diundi; ahli-ahli parlimennya akan bersolat hajat dulu. Kadang di ruang parlimen itu sendiri. Sebelum ini saya pun telah menulis perihal Dr Ahmadinejad yang melakukan istikharah sebelum membuat apa-apa keputusan untuk rakyatnya, malah bersolat hajat dalam terowong kenderaan yang bakal dibuka sebelum hari perasmiannya.
Di negara kita, bukan sahaja tiada istikharah agaknya, solat hajat pun belum tentu. Yang ada ialah sikap mungkir janji lantas harga barang naik lipat kali ganda, 4 dalam 1. Bulan November lalu ada satu janji dibuat, bulan Disember ini janji itu dicabul.
Tanpa rasa bersalah pengumuman 4 in 1 yang disenyapkan oleh media perdana ini dilapik dengan kata-kata "...langkah tersebut akan dapat diterima dan difahami oleh rakyat..." Nah, anda sebagai rakyat adakah anda memahaminya?
* Bandingkan ahli parlimen kita dengan ahli parlimen di Iran, meski mereka syiah dan sesat lalu 'masuk neraka kelak', mereka jauh lebih menepati agama.
Wahai, jika kalian mahu dihormati dan diundi lagi; maka benar-benarlah mendahulukan rakyat. - Faisal Tehrani
1 ulasan:
Salam
Sebaiknya tidak melakukan copy and paste, tetapi sdr boleh melakukan link ke blog Dr Faisal Tehrani - Luqman moderator tehranifaisal.blogspot.com
Catat Ulasan